About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 15 October 2014

Cendawan Besar Giler!

As-salam.

Alhamdulillah dengan empat bongkah cendawan (3 yang dibeli dan 1 yang diberikan oleh menantu Mak Aji, Mida) Mak Aji dapat menuai cendawan berkali-kali sebab cendawan tumbuh silih-berganti (sudah berjanji sesama sendiri ya, cendawan!).

Petang tadi satu bongkah lagi mengeluarkan hasilnya - kali ini saiznya, mak aai, yang paling besar setakat ini - sebesar tapak tangan Mak Aji (yang debab ini)! Lihatkan:

Alhamdulillah walau hanya dua (helai ke keping ke??) yang tumbuh. 
Saiznya boleh tahan!
Insya-Allah esok akan Mak Aji lihat lagi kalau-kalaulah mahu dia membesar lagi! Rasanya esok sudah boleh dituai kut ya!?




20 comments:

  1. salam mak aji,,berbaloi jugak tanam cendawan ni yer,,nak kena dalami ilmu tanam cendawan la pulak.sy suka goreng kunyit,suami suka tumis air dgn lada hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Alhamdulillah setakat ni puas hatilah. Modal RM15 je sebab beli 3, free 1 (menantu bagi). Hasilnya dah 4, 5 kali tuai dah. Setakat ni masak tumis dan masak lemak putih, memang sedap. Kalau banyak nanti boleh celup tepung pulak? Masak pedas juga Mak Aji suka. Belum pernah buat goreng kunyit, sedap eh!

      Delete
  2. As Salam mak aji,
    putih bersih cendawan tu, sexy menawan hehehe...senang ke tanam cendawan ni mak aji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Yang ni cendawan mutiara rasanya, yu yang comey tu! Tak susah pun, boleh check tutorial yang dihasilkan oleh WORLD OF MUSHROOM di Youtube. Kos pun tak mahal, hasil berterusan, cuma x pasti untuk selama mana.

      Delete
  3. As salam mak aji,

    wow besarnya cendawan mak aji,satu tuain boleh penuh pinggan. Tahniah mak aji. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Tengok hari ni lagi besar drp semalam, he he! Seronok! Dua keping je boleh sekali masak! :)!

      Delete
  4. Salam Mak Aji,

    Bau cendawan yang baru dipetik memang perfffff...sedappp..saya pernah attend kursus tanaman cendawan..cadangannya nak jadi penternak cendawan..kira punya kira tak jadi pula sebab tak ada orang nak tolong jaga..last-last patah balik jadi pekebun..heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tarique,

      He he! Bila makan lagi sedap! Alahai terlepas drp menjadi usahawan cendawan! Takpelah jadi pekebun berjaya!

      Delete
  5. Tahniah mak aji, berjaya tanam cendawan , hasilnya membanggakan

    ReplyDelete
  6. Wow senang bela cendawan ni kan Mak Aji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Masih dok belajar juga lagi ni tapi so far so goodlah! Hasilnya alhamdulillah.

      Delete
  7. Bestnya Mak Aji bila-bila masa aje boleh masak. Bersih-cantik pulak tu..
    Besar jiddan memanglah. Kalau dpt dari tiap satu botol dua cendawan macam tu pun dah puas betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Taklah juga sentiasa ada tapi semacam bergilir2 bongkah cendawan ni tumbuh, bolehlah! Ada yang agak rajin dan ada yg malas jugak, he he, macam orang jugalah!

      Delete
  8. salams mak aji,

    excitednya tgk cendawan tu.....besar......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AMIIZAA,

      Memang seronok tengokkan dia membesar gitu!

      Delete
  9. alhamdulillah
    bestnya, dah boleh dimasak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tihara,

      Mak Aji dah tuai pun dan sekarang sedang masak. Nantikan entri berikutnya! :)

      Delete
  10. Erm ini kos rm15...sy fikir lbh dari tu...ini yang terasa nak order cendawan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji beli satu bongkah RM5 je, Cuba search Sarah Mohamed Noor di FB!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...