About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 12 October 2014

Angkara Siapakah Ini??

As-salam.

Setelah mengeram di dalam rumah selama berapa minggu ekoran larangan berkebun oleh Pak Aji dek kerana Mak Aji diserang demam Denggi, Mak Aji dapati pokok bakawali magenta hampir habis daunnya dimakan sesuatu!:




Geram di hati tidak terkira dek kerana hampir gondol daunnya dikerjakan - nanti kau! Bilalah nak berbunga pokok ini kalau begini nasibnya?? Aduhai kesian bakawaliku!



12 comments:

  1. salam mak aji..
    sy punya pokok kaktus,,gondol lebih kurang mcm ni jugak,,siput babi punya angkara..sy garamkan dia,,semakin kurang nampaknya skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Semacam design yang ditinggalkan sang siput ni ya, kreatif juga dia! Pokok kaktus pun mahu dikerjakan juga ya. Memang banyak pun siput kat laman ni, nak kena cari garam kasar cuma susah nak dapat.

      Delete
  2. salam ..ni macam angkara siput babi je ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Imm,

      Pak Aji dok syak belalang. Mak Aji dah pindahkan ke tepi rumah supaya senang nak pantau!

      Delete
  3. Sy rasa siput! Sy pun tgh geram dgn siput ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Memang sah siputlah kalau gitu. Semasa Pak Aji dok clear (sampai togel terus) pokok pecah beling yang terlalu merimbun, berkilo2 siput dok berdondang sayang kat bawahnya - sejuk nyaman kat pangkal pokok tu agaknya! Jom kita lancarkan perang siput!

      Delete
  4. mak aii,togel di kerjakannya. saya tak tahu siapa punya angkara tp saya sependapat dengan kawan2 yang lain. ni mesti angkara cik siput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Semalam Mak Aji tengok tinggal batang2 aje semacam lidi aje lagi - terus Mak Aji pindahkan ke tepi rumah, senang nak jaga sikit!

      Delete
  5. Sayangnye lah hai...memang rasanya siput punya angkara kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BUNDA,

      Memang sedih melihatkan pokok ni - dah dialihkan dan dikumpulkan 3 jenis bakawali dalam koleksi, agar senang dipantau - setakat ni sedang bertahan. Insya-Allah akan pulih nanti.

      Delete
  6. Uishhhh ratah macam makan ayam goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Sedih dan geram pada masa yang sama. Bagaimana Diana buat dalam kes siput babi ni? Oh ya, kawan2 di laman boleh settlekan ya - ayam dan itik!?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...