About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 19 October 2014

Yang Tersembunyi di Sebalik Daun

As-salam.

Pokok anggur Mak Aji sekarang sedang berbuah - pada mulanya ada dua tangkai, sudah siap berselindung di dalam jaring (jaring pencuci pinggan mangkuk). Minggu lepas pula Mak Aji perasan ada setangkai lagi anggur yang baru menghasilkan buahnya. Pagi ini pula Mak Aji perasan ada lagi setangkai dua anggur yang sudah agak besar saiznya di sebalik daun anggur dan juga tanduk rusa! Seronok umpama dapat hadiah!

Yang tersembunyi di balik daun!
Tadaa, sudah besar kau! Mak Aji tidak perasan walaupun sentiasa berjalan di bawahnya!
Ini yang Mak Aji perasan minggu lepas.

Berikut pula dua tangkai awal yang sudah siap berbaju:





Terbukti benar seperti yang disebut oleh sifu anggur di FB, pokok anggur memang kena kerap dicantas agar berbuah dengan lebat! Harap-harap cuaca akan lebih berpihak kepada anggur agar buahnya (musim hujan akan menghasilkan buah yang masam) nanti manis dan bukannya masam, insya-Allah.





10 comments:

  1. Betol Mak Aji mulberi pun sama, cantiknya gugusan anggur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Kita kadang2 yang berasa sayang nak pangkas, kan, padahal lagi dipangkas lagi banyak buahnya!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji... bonus tersembunyi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Tepat sekali Mar! Mak Aji dapat bonus awal berbanding kakitangan kerajaan ya! Dia kesian sebab Mak Aji cuma dapat RM250 aje nanti, he he!

      Delete
  3. salam mak aji,,hasil tangan sendiri mmg seronok kan mak aji.puah hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Meme puah hati! Daripada tak nampak apa (tersembunyi), tau2 dah besar, seronok! Senyum sapa ko telingo!

      Delete
  4. salam makji,
    alhamdulillah semoga hasil tahun nie melimpah ruah...simpan tuk orang jauh yg nak balik jgk nie tau...nak merasa anggur made in sungai buloh jgk nie...heheh *-*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Insya-Allah, harap begitulah! Berperingkat2 matangnya ni, sempatlah insya-Allah untuk orang jauh yang nak balik nih! He he!!

      Delete
  5. Assalam Mak aji,syoknya saya tgk anggur mak aji tanam. In Sya Allah ada rezeki tuannya boleh la merasa. Ramai peminat tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Buahnya banyak, cuma lebih banyak jadi kismis daripada yang boleh makan! Insya-Allah kali ni sempatlah tuannya merasa! Fofular anggur ni, he he!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...