About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 3 November 2014

Sup Sayur untuk Pokok??

As-salam.

Semua orang sedia maklum yang sayuran memang baik untuk kesihatan kita. Tahukah anda yang sayuran juga bagus untuk kesihatan tanaman kita?? 

Mak Aji ada terbaca terbaca tentang hal ini dan sumbernya (macam biasalah, hakisan memori - lupa pula sumbernya!). Di sini Mak Aji panjangkan maklumat tersebut agar dapat kita sama-sama manfaatkan.

Jika anda mencelur/merebus atau mengukus sayur, tentunya ada lebihan air yang biasanya kita akan curah begitu sahaja ke singki. Apa kata kita manfaatnya untuk menyiram tanaman kita, terutama yang ditanam di pasu? Katanya kita akan melihat betapa responsifnya tanaman kita akan sup sayur ini! Mak Aji belum mencubanya lagi tetapi mengikut kata orang begitulah halnya!

Jom kita cuba! 

Sumber foto: hotcooking.co.uk

Catatan: Pastikan anda sejukkan dahulu sup sayur itu, kecuali jika anda ingin bunuh tanaman itu, he he!

12 comments:

  1. Thanks for the tip! Happy gardening, Ummu of Greenfingers!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Stephanie,

      You are most welcome! Same wishes to you too! :):)!!


      Delete
  2. Tq Mak Aji info vitamin untuk tanaman, biasanya buang terus kesingki.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Sayang kan, kalau buang ke singki je. Jom kita manfaatkan!

      Delete
  3. Good tip & info. Terima kasih sharing. Betul tu air rebusan tu mesti ada banyak khasiat yang terlarut dalamnya. Kita dah tentu tak makan air tu. Buang kesingki aja..nanti saya nak try. kan la ni ni pun orang duk buat baja mol sayuran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mala,

      Sama2, semoga kita beroleh manfaatnya! Arwah bapa mertua Mak Aji dulu kalau divelur petola segi untuk dibuat ulam dan dicicah dengan budu, dia ingatkan supaya simpan airnya untuk dia hirup - manis katanya! Betul tu org sibuk buat mol, Mak Aji belumlah lagi buat tu.

      Delete
  4. ooo ya ka mak aji...rugi nya selama ni dok bagi kat longkang ja...
    tima kasih mak aji...kongsi tips yg sgt mudah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Itulah pasal, Mak Aji pun baru dapat maklumat ni. Sama2lah kita meraih manfaatnya!

      Delete
  5. Assalam
    Info yang sangat berguna ni...sebelum ni tak tau pun...biasanya buang jer air rebusan sayuran tu.

    Terima kasih mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Bunda,

      Ayuh kita manfaatkannya pula apa yang sebelum ini kita curah sahaja!

      Delete
  6. Kalau mencurah air yg panas tu nak mencelur pokok hidup tu nama dia Mak Aji haha..
    Kakak baru tahu hari ini. Terima kasih bebanyak lain kali bolehlah kakak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      He he, saja je mengusik, manalah tahu ada yang lurus bendul macam Pak Pandir pulak! Sama2!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...