As-salam.
Beberapa hari lepas kami ke nurseri Sungai Buloh dalam misi untuk mencari pokok bunga raya ungu dan kuning. Kami menuju ke nurseri paling hujung sebelah kanan sebelum kuil - kedua-dua warna ada cuma semua pokok bunga raya baru sahaja disembur racun, masih basah daunnya (serangan ulat - ada kesan-kesan daun mula mengeriting). Harga sepokok juga agak berpatutan berbanding di tempat lain.
Pilihan pokok bunga raya agak tidak banyak. Malaslah pula kami ke jalan menghala ke Subang Airport (dari Sungai Buloh) - pun agaknya harganya lebih mahal, wallahualam!
Yang bagusnya kami terjumpa pasu bunga yang harganya agak murah berbanding yang dibeli/ditinjau sebelum ini. Kami biasa membeli pokok di sini dan agak kenal dengan pakcik Indon yang berjual di situ. Selain itu Mak Aji membawa balik empat pokok bunga
marigold (bunga tahi ayamlah), dua yang kuning dan dua yang oren untuk dikawankan dengan pokok tomato yang akan ditanam nanti (sistem
buddy). Pokok roselle juga dibeli lagi sebab yang ditanam dahulu mati (mungkin gara-gara Pak Aji yang membakar sampah hingga terkena tempias api).
Sepokok hiasan gantung juga dibeli - mengeluarkan bunga seperti tiub berwarna merah. Entah apalah namanya ya?? Ini rupanya:
|
Versi berdaun besar warna bunganya merah darah ikan mengarah ke ungu. |
|
Kelopak bunganya juga lebih besar tetapi jumlah bunganya kurang. |
|
Mak Aji beli pokok yang berbunga begini. |
|
Yang dibeli berdaun kecil tetapi belum mengeluarkan bunga lagi. |
Setelah pulang dari nurseri dan terbayang-bayangkan bunga raya ungu, terjumpa pula bunga raya ungu berikut dari imej Google - memang cantik, kan!
Terjumpa lagi foto bunga raya ungu! Cantik bukan!
Sumber foto: esciencenews.com
|
Bunga raya ungu, masih kutunggu kamu!!
Cantik
ReplyDeleteKalau gi Sg buluh..rambang mata
Salam Kasihredha,
DeleteBetul tu, kalau pergi rasa x nak balik, kalau boleh mahu diangkut semua yang berkenan buat nurseri kat rumah pulak!
Bunga raya edible Mak Aji kalau tak disembur racun selamat makan. Yang tergantung pokok bunga lipstick?
ReplyDeleteSalam Diana,
DeleteOh ya ke? Kalau yg dijual tu memang dia sembur racun. Harap2 kat rumah ni x perlulah diracun. Makan gitu aja ke? Bukan pokok lipstick, pokok lain, bentuk bunganya aje yg semacam lipstick juga.
Makan begitu sahaja atau ala salad.
DeleteSalam Diana,
DeleteTQ for the info Diana!
salam makji
ReplyDeleteyg gambar no.1 ngan 2 tuh mmg unik dan cantik..sesuai tuk
buat hiasan..
Salam Ummuaidan,
DeleteMemang cantik, yang satu daun besar dan bunganya saiz besar, merah ungu dan satu lagi berdaun lebih kecil, bunganya saiz lebih kecil dan warna merah terang sikit.
Menjamu matalah kakak bila masuk sini. Terapi minda sekejap. Kakak pun macam Mak Aji suka tanam tapi tangan kakak tak sejuk macam Mak Aji tanam subur menjadi itu yg geraaaammmm aje mata kakak tengok.
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
DeleteMemang kalau kepala berserabut seronok buat terapi kat nurseri. Bila tengok hijauan dan bunga-bungaan hilang kusut kepala! Takdelah sejuk mana, pokok yang kantoi ada jugak!