As-salam.
Selain kaktus Mak Aji juga mencari lagi bunga raya ungu - pun tiada stok dijual di tempat biasa. Ada tempat lain yang menjualnya RM20 sepolibeg - mahal sangatlah pulak! Tidak apa-apa, nantilah kalau ada rezeki lain kalilah. Mak Aji cuma dapat beberapa warna seperti merah jambu, merah terang (bunga kebangsaan - takkan tidak beli versi ini pula ya, nanti tidak patriotik pula!), yang berkelopak kecil warna merah jambu, warna pic.
![]() |
Lima pokok bunga raya yang dibawa balik semalam. Ada yang RM6 dan yang besar, RM8. |
Tugas seterusnya mendapatkan tempat sama ada di tanah atau di pasu sahaja.
Pada kakalah Mak Aji kalau halaman luas macam rumah Mak Aji tanam atas tanah lagi bagus susun selang-selaikan warnanya cantik sangat. Kakak ada nampak masa masuk felda di Kota Tinggi rumah dia cantik betul bila dia tanam bunga raya selang-selai warna-warni. Suka tengok:)
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
DeleteSekarang masih di polibeg, tengah dok fikir2 kat mana nak tanam! Bagus idea tu!