About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 12 May 2013

Som Tham

As-salam.

Betik sulung (pokok baru) sudah mengkal. Pak Aji sudah memetiknya untuk Nadia (menantu yang mengandung sulung) makan colek. Mak Aji pula teringat untuk membuat som tham - belum pernah merasmikan lagi lesung som tham sejak dibeli beberapa bulan lalu.

Tidak semua bahan ada di rumah, iaitu kacang panjang atau kangkung. Namun begitu som tham yang dibuat sekadar menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja. Ini hasilnya, som tham hasil tuaian betik mengkal dan cili padi di laman:

Som tham cubaan pertama.
Alhamdulillah menjadi juga akhirnya!
Teringat pula Mak Aji akan seorang membuat komen di FB bahawa orang yang memuat naik foto makanan menunjukkan petanda sakit mental! Tidak apalah kalau sakit mental yang didiagnosis oleh bukan pakar, kalau oleh pakar lainlah ceritanya!!



16 comments:

  1. salam mak aji, sedapnye! mak aji letak lah resepi dan cara buat som tham ni...nak try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Insya-Allah akan Mak Aji masukkan ya. Mak Aji buat pun setelah beberapa kali memerhati orang membuatnya di restoran Siam. Yang dibuat ni main taruk aje, xde sukatan apapun.

      Delete
  2. salam mak aji, sy pun suka makan som tham, letaklah resepinya skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam smRose,

      Insya-Allah nanti Mak Aji masukkan ya.

      Delete
  3. sedap dimakan begitu saja hehe...bulan berapa menantu mak aji due?

    saya tak setuju langsung dgn 'kajian' oleh doctor org putih tu..konon mereka yg suka upload gambar makanan bermasalah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Kami makan gitu aja, bukan dengan nasi pun. Menantu mengandung saing dgn Ummuaidan, sekitar awal bulan Julai nanti lahirlah cucu ketiga nanti! Setuju tu Kam pasal upload foto makanan!

      Delete
  4. Orang yang kata orang lain sakit mental tanpa cukup kriteria itu sebenarnya yang sakit mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Doc,

      He he, ini yang nak dengar ni, pengesahan pakar!! Thanks Doc, ramai yg lega dengan kenyataan ini!

      Delete
  5. hahahah sy pun ada baca...masa baca tu terfikir jugak "sakit mentalkah aku?" heheh..nampak sedap som tam tu mak aji..walaupun tanpa kacang panjang & kangkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kalau ikutkan memang ramai sangatlah yg sakit mental! Nasib baik pakar (Dr. H) mengesahkan tidak! Alhamdulillah cubaan pertama berjaya!

      Delete
  6. kakkk....sedapnya Nampak...mak saya suuuuuka betul makan somtam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Da,

      Oh ya ke! FYI, kat ofis tu ada tauke som tham tau, Mek Su kita tu, itu memang pakar kat PB, mereka kalau buat jamuan dialah tauke som tham. Dia cuma risau xde betik muda je! Akak cakap kalau ada je kat rumah ni, dtg je boleh petik sendiri!

      Delete
  7. hahaha...saya pun baca gak..tergelak2 saya dengan kawan office membaca. Rajin betul mereka kaji sampai tahap mcm tu kan mak aji. Sedapnye som tam,kalo ada yang basic pun dah cukup menyelerakan. Letak Cili extra banyak2 sikit...sedapnye masam2 manis,masin...cukup rasa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Mak Aji pun terkedu jap bila baca pasal tu, sbb ramai yg sakit kalau betullah kenyataan tu! Mak Aji pun suka xtra cili agar xtra kaw!!

      Delete
  8. Replies
    1. Salam Diana,

      Betik ada lagi, boleh dibuat lagi kalau nak rasa, he he!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...