As-salam.
Setelah selesai dan langsai buah mulberi Mak Aji kerjakan menjadi jem, Pak Aji terus mencantas pokoknya agar keluar tunas baru. Yang bagusnya elok sahaja keluar tunas, akan keluarlah juga buahnya sekali. Lihatlah:
Insya-Allah selepas ini akan dikerjakan lagi sebagai sirap mulberi pula?? Kita tunggukan saatnya nanti ya!
salam mak aji,
ReplyDeletepucuknya makan tak?
Salam Rose,
DeleteSetakat hari ni Mak Aji belumlah makan pucuknya. Tak pastilah pulak ya. Daunnya yang dibuat teh tu adalah dengar tapi pun belum pernah buat.
Wah lepas mulberry jem home-made, sirap pula. Bahagia begitu.
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteHe he he, memang bahagia! Hari tu, lebihan pada periuk masak jem tu, Mak Aji tuang air dan minum, memang sedap - testing siraplah tu! Itu yang berangan-angan nak buat sirap tu.
green fingers hehe..tanam apa pun menjadi
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteYang ok, oklah, yang kantoi, kantoi juga!
Wahhh...banyaklah stock mulberi akak lepas ni ya? inilah dia untung berbakti pada Tanah kan kak kan? saya tak boleh nak tanam apa2 kat rumah sebab semua dah bersimen...dalam pasu je lah...huhuuuuu
ReplyDeleteSalam Da,
DeleteKalau nak buat sirap x perlu simpan stok banyak2 spt nak buat jem tu, sikit pun cukup kut untuk sekali buat. Alhamdulillah seronok menabur bakti kepada tanah, terutama apabila meraih hasilnya! Akak tanam bendi dalam polibeg besar dan dalam pasu jugak, dah mula keluar buah! Itulah dia namanya container gardening Da! Kawan2 pekebun lain pun ramai yg x bertanah, mereka amalkan container gardening inilah! Cubalah!
salam makji..
ReplyDeletemudahnya kan tanam pokok mulberri nie..sy kalau dapat pun nak tanam jgkcuma tak jumper jer....
Salam Ummuaidan,
DeleteAlhamdulillah memang pokok ni xde karenah, mudah tanamnya. Baja pun bubuh bila ingat aje, xdelah berjadual pun. Oh di sana xde ya?
salam mak aji, subur nyer pokok mulberry mak aji ni...tentu cukup baja kan?
ReplyDeleteSalam @na,
DeleteAlhamdulillah subur. Pak Aji baja bila time dia ingat je, xdelah sekerap manapun.
salam Mak Aji,
ReplyDeletepokok mulbery saya dah tinggi, tapi tak mau keluar buah lagi..agaknya perlu dicantaskan.
Salam Puteri,
DeletePokok kami sentiasa dicantas sebab setiap kali selepas dicantas keluarlah tunas baru bersekali dengan buahnya terus! Cubalah!