As-salam.
Pokok pisang lemak manis juga tidak lupa memberi khidmat dengan menghasilkan buah untuk tuannya walau hanya setandan. Dek kerana jarang memerhatikannya, burung sudah buat kenduri pisang lemak manis!:
Pisang selepas burung bikin kenduri! |
Sebenarnya bukan sahaja burung yang buat kenduri, malah jika ada pisang masak di atas meja makan, sang tupai juga menjenguk-jenguk di tingkap, mencari peluang untuk masuk mendapatkan bahagian mereka! Jadi, jika ada pisang masak, perlu diletak di bawah saji atau di rapatkan tingkap agar tupai tidak masuk!
Pisang lemok manis ni make lagu mano mok aji? goreng ko, pengat ko, siro ko?
ReplyDeleteSalam Dini,
DeleteMak Aji make gitu je, paling2 buat cekodok atau kek pisang. Goreng pun boleh gak tapi jangan tunggu sampai masak lembik nanti serap minyak, agak2 mengkal gitu utk goreng.
Kalau yg mentah boleh buat sayur.
ReplyDeleteYg masak boleh buat jemput-jemput wangi baunya:)
Salam Kakzakie,
DeleteBikin sayur lemak cili api ke yg mentah tu? Mak Aji belum pernah masak pisang mentah, insya-Allah boleh dicuba nanti. Jemput2 tu biasalah buat. Budak2 pun suka sebab saiznya yang comel!
nak pisang gorenggggg....:-)
ReplyDeleteSalam Da,
DeleteNanti ya, bila ada stok akak habaq kat Da ya!