About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 15 May 2013

Benih Sudah Mari

As-salam.

Setelah beberapa hari menunggu akhirnya tiba juga benih yang dipesan dari blog Tanam.sendiri.com. Benih terdiri daripada:

   betik sekaki
   timun Jepun
   tomato ceri full house
   kapsikum kuning
   kapsikum merah
   salad cina daun tajam manis

Lima benih yang teratas dibeli dan yang terakhir benih yang dikongsi, diberi secara gratis oleh En. Iskandar, tuan blog. 

Yang paling Mak Aji suka ialah benih betik sekaki. Cukup seronok Mak Aji melihat betik baka yang ditanam oleh Puteri Purnama dan disiarkan dalam blognya seperti berikut:
http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com/2013/04/betik-sekaki-dan-catatan-hidupnya.html

Ini benih-benihnya:

Tidak sabar menunggu semuanya bercambah nanti, insya-Allah.

12 comments:

  1. Assalammualaikum Ummu.
    Didoakan semoga benih2 yg ditanam akan tumbuh subur dan mendatangkan hasil yg.dihajatkan.Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Amin! Begitulah yang diharapkan! Terima kasih Puteri.

      Delete
  2. mak aji...saya pun baru dpt juga isnin lepas. beli benih betik sekaki setelah baca entry puteri purnama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Dek entri itulah jualan benih betik sekaki meletop! Nanti kita kongsikan perkembangannya ya!

      Delete
  3. salam makji
    alhamdulillah banyak benihnya tuh..semoga makin meriahlah laman makji nanti ngan tanaman2 tuh semua yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Insya-Allah, harap semuanya menjadi nanti! Ummuaidan diharapkan sihat sejahtera hendaknya walau sudah sarat. Menantu Mak Aji sudah mula sembab, nampak sedikit mengah bila dah sarat ni.

      Delete
  4. salam mak aji, pasni tak menang tangan lah pak aji...nak kena menyangkul...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Pak Aji x tahu lagi kerja yang bakal menunggu dia ni, he he! Pasti geleng kepala dia nengokkan benih ni, he he!!

      Delete
  5. Bestnya Mak Aji. Kalau menjadi memang puaslah makan. Kakak nak tengoklah Betik Sekaki tu lepas ni. Macam teruja juga nak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Insya-Allah kalau menjadi nanti akan dikongsikan ya!

      Delete
  6. Lepas ni banyaklah betik boleh dibuat som tham.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...