Mak Aji bukanlah pandai sangat berkebun, banyak trial n error. Kadang-kadang OK dan kadang-kadang KO pokok!
Seperti yang kita semua tahu, pokok yang berbeza memerlukan jumlah cahaya matahari dan jumlah siraman air yang berbeza. Apabila selesai trial n error yang kadangkala menyebabkan pokok mati dek kerana terlalu banyak disiram atau kering terus kerana tidak cukup air, maka tahulah tukang kebun akan perangai pokok tersebut! Berikut 2 pokok contoh yang Mak Aji ada pengalaman aeperti di atas.:
Bird's nest bahagia di sini dan semakin subur apabila mendapat curahan hujan serta cahaya matahari yang cukup! |
Berikut satu lagi pokok yang kaum Cina cukup suka menanamnya. Kalau tidak silap juga digelar money plant (ada ong mengikut mereka!). Mak Aji sudah banyak kali memindah-mindah pasu ini ke hulu ke hilir (tentunya dengan bantuan orang lain) untuk mendapat tempat yang sesuai dengan keperluannya. Akhirnya dia bahagia di pintu sisi rumah (sebagai pengawal tak bertauliah!):
Akhirnya bertemu bahagia di tempat redup serta kurang air - sesekali sahaja siramnya, jangan kerap! |
Itulah dia, sebagai tukang kebun kita banyak belajar daripada kesilapan. Sambil belajar, tentulah ada sahaja pokok yang menjadi mangsa (kantoi sebab tukang kebun kurang tahu). Namun begitu, alhamdulillah dengan buah fikiran serta tunjuk ajar daripada kawan-kawan blogger lain yang sudi menegur dan memberi sumbangan fikiran serta ilmu bertanam, Mak Aji menjadi tukang kebun yang lebih yakin! Alhamdulillah atas hubungan ukhwan yang terjalin antara kita!
No comments:
Post a Comment