As-salam.
Mak Aji ingin kongsikan maklumat kesihatan yang diperoleh daripada FB kawan Mak Aji. Minuman ini dibikin sendiri di rumah dan menurut sumber, insya-Allah berkesan untuk menurunkan paras kolesterol serta melancarkan perjalanan darah (dengan mengatasi masalah saluran darah yang menyempit)., juga dapat membantu menurunkan berat badan serta mencantikkan kulit! Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara pembikinannya:
Bahan:
3 biji lemon
3 labu bawang putih
1 liter air
Cara-caranya:
Hiris lemon dalam bentuk bulatan dan buangkan bijinya. Kupas bawang. Masukkan lemon serta bawang ke dalam slow cooker dan tuangkan air. Masak selama 8 jam. Biarkan sejuk. Kisar agar menjadi seperti puri. Simpan di dalam peti ais.
Cara Menghasilkan minuman:
Ambil 2-3 sudu besar bancuhan tadi dan tambah air suam. Tambahlah madu jika anda berasa pahit. Amalkan meminum minuman ini sebelum atau selepas makan.
Selamat mencuba!
Lemon serta bawang putih serta air. |
Selepas siap masak selama 8 jam. |
Mak Aji dapat hasilkan dua botol purinya. |
Beginilah rupanya. |
Dari segi rasa alhamdulillah, not bad! Mak Aji pernah rasa yang lagi pahit seperti air hempedu bumi, jadi Mak Aji boleh cuba amalkan minuman ini setelah dicampur sesudu besar madu.
assalamualaikum mak aji,
ReplyDeletesy pun amal minum lemon sekarang ni....tapi lemon dengan air suam saja lah...nanti boleh lah try cara ni
Waalaikumussalam Nadia,
DeleteOh ya, banyak khasiat lemon tu, kan. Yang tak bestnya harganya yang agak mahal je! Jom kita amalkan.
Assalamualaikum kak,
ReplyDeleteSaya pu pernah terbaca tentang petua ni tapi tak pernah cuba lagi. Insyaallah nanti nak try jugak. Skg ni cuma amalkan air detox (lemon, lime dengan cucumber/lemongrass jer)...
Salam Aida,
DeleteAkak pun ada baca pasal air detox tu, cuma belum buat juga. Yang tu lagi banyak bahannya. Yang ni bahan x banyak cuma ambil masa panjang nak masaknya. Tapi takpa, biarkan slow cooker masakkan untuk kita sambil kita zzzzz!
salam makji,
ReplyDeletepahit ker rs dier..heheh...ubat mmg begitu kan..bhn2 nak buat tuh nmpak mudah cuma nak mknnya nanti takut susah..heheh
Salam UAA,
DeleteAdalah rasa pahit sikit sebab lemon tu sekali dengan kulitnya, tapi taklah pahit sangat, bolehlah! Tambahkan aja madu agar lebih selesa pada tekak! He he, nak buat ubat tapi nak yang sedap eh!!