About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 27 January 2014

Kaduk Menghijau

As-salam.

Mak Aji agak kurang biasa menggunakan daun kaduk dalam masakan. Satu-satunya masakan yang Mak Aji menggunakannya - masak lemak kuning siput sedut. Mak Aji juga pernah makan (belum pernah buat sendiri) miang kham yang menggunakan daun kaduk seumpama daun sirih - diletak pelbagai bahan di atas daunnya lalu daun itu dilipat dan dimakan seperti biasanya kita makan sirih. 

Beberapa tahun lepas ketika balik kampung Mak Aji ada mengambil anak pokok (orang sebut pokok ke??)  kaduk dan sekarang bukan main merimbun subur lagi di laman:

Kaduk yang subur menghijau, cuma tuannya sahaja yang kurang tahu menggayakannya!
Sampai menyusur longkang kamu ya! 
Harap bolehlah Mak Aji dapatkan idea daripada rakan-rakan sekalian tentang daun kaduk ini - apa lagi masakan yang boleh menggunakannya?? Sayanglah pulak daun kaduk elok subur begitu sahaja tanpa dimanfaatkan!



6 comments:

  1. salam mak aji,
    adik saya ajar saya buat ulam mentah pucuk kaduk ni, bila di cuba, sedap gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Oh, boleh dibuat ulam mentah ya! Terima kasih Rose!

      Delete
  2. Salam Mak Aji, boleh dibuat masak lemak mcm daun ubi tu, ataupun try masak tempoyak ngan udang (campur daun laun). Saya tak pernah lagi makan mentah. Daunnye cepat layu, jadi masukkan akhir sekali time memasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Min,

      Terima kasih Min atas saranan itu! Insya-Allah akan dicuba tu!

      Delete
  3. salam Mah, kat rumah memang tak cukup pucuk kaduk yang muda, sebab selalu diambil buat ulam. rasanya lemah dan sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nab,

      Buat ulam mentah ya, ok, boleh cuba juga tu! Terima kasih>

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...