As-salam.
Pokok betik di belakang rumah sudah sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak berjasa dengan mengeluarkan begitu banyak buahnya, alhamdulillah. Bukan hanya kami malah sempat Mak Aji berikan kepada jiran-jiran, juga sempat dibawa untuk kenduri di ofis dahulu.
Apabila pokoknya mengeluarkan anak, maka kami pindahkan pula anak-anaknya ke bahagian hadapan laman. Sekarang pokok di belakang sudah tinggal arwah dan anak-anaknya pula bakal menggantikan tempat. Tidak lama lagi akan masaklah buah sulungnya:
Antara buah sulung pokok baru. |
Hajat membuat som tam sendiri setakat belum kesampaian (walau lesung kayu sudah lama dibeli dari Tak Bai, Thailand), jangan sampai pokok lama sudah mati dan pokok baru sudah berbuah som tam tidak muncul-muncul lagi ya! Oklah, oklah, nanti Mak Aji buatlah ya! Syy, jangan kasi tau Pak Aji, nanti kena perli!
Lesung som tam yang belum pernah digunakan lagi! Takpa, takpa nanti kita guna ya! |
Cantik buah betik puan. Sedap kalau pucuk betik dibuat ulam.
ReplyDeleteSalam Kebun Bandar,
DeleteAlhamdulillah nampak cantik. Pucuk betik dibuat ulam mentah atau dicelur dulu ya?? Belum pernah cuba ni.
teringin nk ada lesung camtu
ReplyDeleteSalam smRose,
DeleteMak Aji beli semasa ke pasar Tak Bai di seberang dari Pengkalan Kubor, Kelantan. Pun ada juga kat Kota Bharu ni, kat pasarnya, cuma harga lebihlah sikit kut.
Oh ya smRose, Mak Aji nak blk kg esok malam, nak kirim ke?? Dok KL kan, boleh je datang ambik ngan Mak Aji kat sg. buloh nanti?? Boleh reply kat e-mel Mak Aji.
Deletesuka mkn betik.
ReplyDeleteSalam Zam,
DeleteMak Aji pun suka betik, terutama sebelum makan nasi (spy nasi makan kurang sikit).
Cantik ke dua subject...betik dan lesong...betik x ngam dengan sy lg setakat ni..asyik arwah je pokok nya....sy suka betik yg size bulat mcm ni
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteKat blkg rumah hari ada dua pokok, yg bulat mcm ni dan yg panjang lonjong. Dua2nya sedap, cukup manis, oren warnanya. Yg ni bulat, yg sepokok lagi baru berbunga, harap2 yg lonjong pula.
Mak Aji, kalau tak dak lesung tu tak jadi ke nak buat som tam tu
ReplyDeleteSalam Doc,
DeleteKata kawan, kalau guna lesung batu nanti hancur pulak betik muda tu dek berat batu tu. Kalau guna lesung ni sekadar light bruises je, sebab alu dia pun kayu, x berat. Yet to be tested tapi bunyi macam logiklah pulak.
salam mak aji, tk penah mkn som tam...pasni hrp mak aji buat n3 cara buat som tam na mak aji,k.
ReplyDeleteSalam @na,
DeleteNi mesti jarang makan kat kedai tomyam ni sbb kebanyakan kedai tomyam ada jual som tam ni. Nanti ya, insya-Allah akan keluar entri bila dah buat nanti! Tungguuuu...