As-salam.
Ketika Mak Aji bertugas di JB, untuk pertama kalinya Mak Aji menemui Hutan Bandar di bandaraya itu. Setiap kali melalui pinggir kawasan itu, meskipun berada di dalam kereta, masih terasa redup dan sejuk mata memandang!
Semasa di rumah Along, Mak Aji tidak dapat membuat senaman (briskwalking atas treadmill) seperti biasa, jadi Mak Aji (bersenjatakan kasut sukan) ajak Along jalan-jalan di sekitar kawasan rumahnya. Diajaknya Mak Aji ke Hutan Bandar Taman Impian Emas (kawasan perumahannya) dan untuk sekitar setengah jam kami berjalan sambil menikmati suasana pagi dalam hutan! Mari Mak Aji kongsi foto-foto berikut:
Along di salah satu jalan masuk ke hutan bandar tersebut. |
Kerusi batu di hutan tersebut. Jom naik haji!! |
Bunga Mar pun ada di sini, mountainebony! |
Taman mainan pun ada cuma kurang jagaan, rumput pun panjang! Yang terlintas pacat aje!! |
Macam nampak tak nampak aja bunga rumput ni, halus manis, kan!! |
Apapun, setelah berpeluh sedap sedikit rasa badan. Dalam perjalanan pergi dan balik ke hutan tersebut, kelihatan bunga putih ini yang pokoknya dijadikan pokok pagar di tepi pejalan kaki:
Bunga apa entah?? |
Sekuntum lagi bunga yang sama. |
Ini pula pokoknya. |
Berikut sedikit keterangan tentang konsep Hutan Bandar yang dipetik dari Wikipedia:
Hutan bandar ialah hutan atau sekumpulan pokok yang tumbuh di bandar, pekan atau subbandar. Dari konteks yang lebih luas, ia boleh ditakrifkan sebagai apa-apa jenis tumbuhan tanaman kayu yang tumbuh di dan di sekitar penerokaan manusia. Dari konteks yang lebih spesifik (juga digelar taman hutan), ia menjelaskan kawasan-kawasan yang ekosistemnya diwarisi dari peninggalan rimba. Penjagaan dan pengurusan hutan bandar digelar perhutanan bandar.
Hutan bandar memainkan peranan penting pada ekologi habitat manusia dalam pelbagai cara; ia menapis udara, air, cahaya matahari, menyediakan tempat berteduh untuk haiwan dan berfungsi sebagai kawasan rekreasi untuk orang ramai. Mereka menyeimbangkan cuaca tempatan, melengahkan angin ribut, dan meneduhi rumah dan perniagaan untuk menyimpan tenaga. Ia amat penting dalam proses penyejukan pulau panas bandar, dan berpotensi mengurangkan bilangan hari-hari ozon yang tidak sihat yang menghantui bandar-bandar utama pada bulan-bulan puncak musim panas.
Di kebanyakan negara sekarang kefahaman tentang kepentingan ekologi asli pada hutan-hutan bandar telah meningkat. Beberapa projek sedang diadakan bertujuan untuk memulihkan dan mengekalkan ekosistem, merangkumi penghapusan mudah pengautan daun dan penghapusan tumbuhan ceroboh kepada pengenalan semula spesies asal dan ekosistem riparian.
Catatan: Kalau terjumpa istilah yang pelik-pelik dalam petikan ini, jangan tanya Mak Aji ya, namapun copy paste aja!
salam makji..
ReplyDeletehutan bandar tuh slalu pandang dr luar jer ms masuk bandar JB ..tak pernah gie dlm lagi..mcm best jgk nampaknya kan...redup gitu..:)
Salam Ummuaidan,
DeleteMak Aji (semasa di JB) hari2 alu untuk ambik anak balik dr sekolah di SIGS. Siap asa tempat makan lg kat bwh2 pokok, memang nyaman!
Along nampak dah seroh sikit...hehehe...
ReplyDeleteSalam Along,
DeleteJangan perasan lebih sangat sudah. Reminder, keep it up!! Semoga lebih banyak yg turun lagi, baru lawa pakai baju raya nanti!