As-salam.
Pada pagi ini Mak Aji perhatikan bunga amaryllis yang pernah berbunga hanya sekali seumur hidupnya sudah mula mengeluarkan kudupnya. Sukanya hati tidak terkata! Mahu lihat bunganya semasa pertama kali kembang dulu? Ini dia:
Berbunga-bunga hati bila melihat semula foto lama ni! |
Tunggu mama balik dari kampung baru kembang ya!! |
Mak Aji hendak balik kampung lagi esok dan akan kembali dua hari selepas itu. Harap-harap sempatlah melihat kembangnya amaryllis ni ya!! Tunggu mama tau!!
Sempat mak aji...lama bunga ni kembang...
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteTu yang nak dengar tu!!
Mesti sempat Mak Aji sebab bunga ini pun agak tahan lama kan..
ReplyDeleteCantiklah bunganya.
Salam Kakzakie,
DeleteMemang cantik, itu yang syok tunggu dia nak kembang!
dia tentu setia menunggu mak aji... mak aji pun dah lama tunggu kan?
ReplyDeleteSalam Nurul,
DeleteBetul tu, he he!! Pandai Nurul!