About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 11 June 2014

Rezeki Mulberi Lagi

As-salam.

Alhamdulillah rezeki mulberi kali ini paling banyak setakat ini. Tuaian sepanjang seminggu lebih menghasilkan buah sekitar 600gm! Pokok mulberi sudah beberapa hari dicantas balik oleh Pak Aji dan pucuk baru sudah mula muncul lagi! Tidak lama lagi insya-Allah akan berbuahlah lagi mulberiku walau hanya sepokok!

600 gm buah mulberi yang siap dibersihkan.
Hampir penuh satu blender!
Ini pula sirap kegemaran kami yang dapat dihasilkan:

Sirap mulberi - insya-Allah dalam tempoh sehari dua selesailah!

12 comments:

  1. fresh..tanpa pewarna / pengawet...lg bagus kalau tanpa gula,kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Betul tu. Gula nampak gaya kena letak juga sebab tak manis sangat rasa masam juga ada. Itupun Mak Aji tunggu sampai merah dan hampir hitam juga sebelum tuai.

      Delete
  2. salam mak aji, byk betui tuaian tuh...pokok kami lately ni mcm gila daun la plk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Alhamdulillah tuaian ini yang paling banyak setakat ini. Ranting yang dicantas beberapa hari sudah dah mula bertunas dan mula berbuah lagi! Pokok bunga telang pula yang kurang nak menjadi. Memang dah lama tak sempat membaja pun. Yang ni pun dah lama tak sempat boh baja, dok asyik jaga cucu2 pokok2 pun sedikit terabai.

      Delete
  3. salam mak aji..sy pun ada masalah yg sama dgn ana...gile daun..buah ada la keluar..sebiji dua..itu pun kecik yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Dulu Mak Aji pun ada masalah sama tapi bila dah mula mencantas alhamdulillah elok je bertunas dan berbuah. Baja pun boh bila ingat aje, asyik lupa dan tak sempat jugalah. Entahlah ya.

      Delete
  4. Fresh from the farm ni Mak Aji. Best betul kakak tengok mulberi itu macam nak makan satu-satu terus masuk mulut. Kakak juga tak tahu yg pokok dia boleh cantas dan tumbuh balik sebab tak pernah tanam lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Betul tu. Alhamdulillah rezeki mulberi cukup lumayan. Belum sempat habis buahnya dituai Pak Aji dah pangkas agar buahnya dapat dituai berterusan! Ada juga orang yang tanam dalam pasu, elok je berbuah, cuma nak kena jaga lebihlah sikit berbanding kalau di tanah. Bolehlah Kakzakie cuba pula!

      Delete
  5. Wow berbaloi lumayan. Hari ni tak dapat kutip jadi rezeki tupai dan burunglah di kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Alhamdulillah lumayan. Mak Aji pun ada juga yang tak sempat, memanglah rezeki merekalah tu. Tupai cukup banyak sekarang ni, dok main kejar2 lagi kat laman. Kena sergah berterabur mereka lari!

      Delete
  6. assalamualaikum,

    syukur rezeki banyak mulberi..
    mentua saya ada tanam, pokok dah besar tapi jarang berbuah..
    ada cara / tips ke yg boleh dikongsikan?
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fadzillah,

      Alhamdulillah rezeki mulberi cukup murah. Sekarang setiap hari Mak Aji menuai dan menyimpan stok agar boleh dimanfaatkan lagi! Yang Mak Aji biasa buat, sentiasa pangkas dahannya agat ketinggiannya terkawal (mudah petik buah) dan menggalakkan pertumbuhan pucuk serta buahnya! Boleh cuba sebab setakat ini alhamdulillah terbukti berhasil. Mak Aji ada 2 pokok tetapi hasil yang dikutip ini daripada sepokok sahaja. Sepokok lagi walaupun besar, di hujung laman, agak semak sikirt dan tak terpangkas. Jadi memang tak berhasillah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...