About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 16 June 2014

Menyelam Sambil Minum Air



As-salam.

Pada hari minggu lepas kami hadir untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin anak buah Pak Aji di FELDA Chini, Pekan, Pahang. Akad nikah pada hari Jumaat malamnya tetapi kami sampai agak lewat, cuma sempat sampai setelah majlis selesai sahaja. Majlis kendurinya pada keesokan harinya.

Kami diberikan penginapan di sebuah homestay di kawasan sekitar itu juga. Pada keesokan paginya sambil Mak Aji memerhati adik ipar membetul-betulkan dulang hantaran di beranda rumah, Mak Aji perasan akan pokok bunga raya yang terdapat padanya tiga empat jenis bunga raya yang berlainan warna! Apabila diperhatikan betul-betul rupa-rupanya terdapat tiga atau empat pokok yang sudah agak besar dan bersilang-silang rantingnya sehinggakan kita sudah tidak tahu pokok mana yang menghasilkan bunga mana! Perhatikan bunga-bunganya serta pokok-pokoknya sekali:

Bunga raya peach dua tingkat.
Bunga raya merah dua tingkat.
Bunga raya putih.
Pun bunga raya putih. Perhatikan kelopaknya berlapis-lapis!
Ini pula satu-satunya bunga raya merah jambu yang di hujung rantinganya
bunga rayanya putih!!
Ini pokok (pokoknya).

Mak Aji cukup teruja melihatkan bunga-bunga raya itu lalu dengan pantas menghubungi tuannya dan meminta keratan batangnya untuk dibawa pulang. Alhamdulillah tuannya cukup bermurah hati dan meluluskan permintaan Mak Aji! Seronoknya apabila mendapat keratan batang secara percuma, cantik pula tu! Yang paling Mak Aji suka bunga putih yang adakah mungkin akan bertukar menjadi merah jambu seperti satu-satunya kelopak yang ada itu??? Itu suatu misteri yang harapnya akan terungkai apabila pokok yang bakal ditanam berbunga nanti!

Alhamdulillah!! Kenduri, kenduri juga, bunga, bunga juga, he he!! 



10 comments:

  1. Salam Mak Aji...saya pun first time nampak bunga raya peach dan merah dua tingkat tu..
    unik ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nani,

      Memang unik-unik bunganya! Mak Aji sebelum ini ada tengok yang merah dua tingkat tetapi yang ini semacam ada jalur-jalur warna lain juga pada kelopaknya. Mak Aji agak jenis hybrid ni.

      Delete
  2. cantiknya bunga raya tu mak aji!! mak aji pergi Floria , Putrajaya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Mak Aji ni susah nak keluar ke mana-mana sebab sekarang ada dua handbag kat rumah ni - 2 cucu. Sorang setahun dan sorang 2 bulan usia mereka. Payah nak bergerak. Nak sangat pergi tetapi apakan daya! Ju pergi tak??

      Delete
  3. Cantik. Oh rupa-rupannya bunga raya dua tingkat really wujud!! i saw in road side but not so sure abt it...Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive,

      You're very welcome Olive. Mak Aji pun seronok untuk berkongsi dengan kawan2 di sini!

      Delete
  4. semua warnanya cantik2 mak aji...meriah bila digabungkan mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Memang cantik bila bergabung macam tu, lagi cantik kalau pokoknya dijaga lebih rapi (dipangkas) agar lebih merimbun dan lebih banyak bunga-bunganya!

      Delete
  5. Rezeki berjalan mak aji...cantik yg bertingkat tu x pernah tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      He he, memang rezeki betul! Menantu Mak Aji kata - lain kali kalau mama ke mana-mana, kena bawa cutter pokok tu supaya mudah nak mengecek benih pokok apabila berziarah ke mana-mana! Betul juga tu, akan dibuat tu, insya-Allah! Nanti Pak Aji geleng kepalalah ya, he he!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...