As-salam.
Semasa berkunjung ke rumah bapa saudara Mak Aji tempoh hari, Mak Aji berborak-borak tentang hal pokok dengannya dan Mak Aji bertanya mengapa satu pokok mangga kami walaupun sudah besar (usia sekitar 3 tahun) pokoknya enggan berbuah. Berikut katanya:
Pastikan agar batang serta ranting-ranting utamanya bebas daripada daun dan agar angin boleh lalu di celah-celahnya!
Sebenarnya Mak Aji sudah beberapa kali meminta Pak Aji pangkas ranting-rantingnya agar merendang dan tidak terlalu tinggi. Juga kerana untuk memberi laluan cahaya kepada pokok-pokok rendah di sekitarnya dan agar kalau ada rezeki mahu dia berbuah. Pak Aji pula enggan sebab katanya pokok itu akan lambat berbuah sebab pokok mangga ini besar saiz buahnya (semacam bunting gajah ya??!).
Elok sahaja kata-kata itu keluar dari mulut pak cik tu, Mak Aji menjeling Pak Aji (dengan isyarat mata, I told you so!!) Balik sahaja ke rumah Pak Aji terus membuat pangkasan yang disarankan dan semalam Pak Aji memberi maklum pokok itu sudah keluar bunganya!! Yesss, menjadi petua ini!
Pokok mangga besar di sudut laman. (Sila abaikan lampu yang menyala siang-siang buta tu, sudah berbuih mulut Mak Aji call TNB, tak datang2 mereka untuk membetulkan timernya!). |
Puas kami tunggu, akhirnya berbunga juga dia! Harap akan berhasil menjadi buah, insya-Allah! |
Berikut pula foto hasil tuaian mangga daripada tiga pokok lain yang jauh lebih muda usianya daripada pokok mangga yang besar di foto atas!:
Mangga cokanan yang sudah dituai dan masih banyak lagi di pokok! |
sedapnya makan colek mak aji..:)
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteMemang Kam, sedap buat colek. Kat rumah ni Pak Aji yang dok mengulang makan colek!
Makan mangga muda x bagus
DeleteSalam mak aji,
ReplyDeletePetua pasal pokok manga ni lah yang saya nanti-nantikan, sy pun nk kene pangkas jugak la pokoknya mangga sy
Salam Rose,
DeleteInsya-Allah menjadi Rose! Rose pangkas sampai clear batang pokok tu, jangan ada ranting2 kecil menyibuk kat batang tu dan apabila tiba di ranting yg mula bercabang banyak2 tu, clearkan pangkal ranting tu pulak, jangan ada ranting2 kecil, biar tinggal yang utama sahaja, biar angin boleh lalu di celah-celah ranting utama tu! Cubalah!
mak aji...buat apam balik tu...dalam adunan tu boh gula..kan kulitnya tu rasa manis2 sikit...yg tabur bersama jagung dan kacang tu ikut suka la byk mana...jagung tu dia rasa masin2 sikit,kan..tabur sikir ja..
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteHe he, cerita apam balik datang sini ya! Oh gitu ya, ingatkan gula cuma datang daripada yang ditabur saja! Terima kasih banyak2 Kam!
salam makji,
ReplyDeletebegitu ker petuanya..ade jgk pokok mangga yg dah berusia dlm 3 tahun jgk rsnya..tp taklahsebesar yg makji nyer..nak kena apply petua jgkker...taksabar nak tgk berbuah nie..hehe
Salam Ummuaidan,
DeleteItulah dia yang diperturunkan kpd Mak Aji. Setakat ni terbukti berkesan alhamdulillah! Cubalah!
oh... ini aje petuanya ye Mak Aji. Kakak nak inform hubby kakaklah. Pokok mangga kakak ada juga buah tapi tak lebat, kalau ikut cara ini mana tahu puas nak agih pada jiran-jiran kan..
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
DeleteInsya-Allah menjadi, boleh dicuba! Kalau berserta dengan niat untuk berbagi rezeki lagilah agaknya mahu dia berbuah banyak nanti!
2 pokok yang kami pangkas tahun ni syukur alhamdulillah dah berbuah mangga bulan lepas.
ReplyDeleteSalam Diana,
DeleteMemang begitu sifatnyalah agaknya, kena 'ganas' sikit dengan pokok ni, xleh manja sangat, kononnya sayang nak pangkas (Pak Aji gitulah). Diana tentunya jauh lebih arif hal2 begini!
oh...gitu ke....saya juz pangkas pucuk je....
ReplyDeletePangkas ranting tu macamne? Boleg tunjukkan gambarnya..?
ReplyDeletesy pun memangkas pokok mangga sy, dlm 2 thun dah berbuah
ReplyDelete