As-salam.
Tidak lama dahulu Mak Aji ada menyebut tentang ikan gapi yang dibela di dalam pasu leper yang besar bersekali dengan pegaga. Selain memakan lumut yang tersedia, gapi juga diberi makan pelet halus. Rupa-rupanya ada orang yang berminat juga untuk membela ikan gapi ini. Sebenarnya memang sudah beberapa kali Mak Aji benarkan orang ambil gapi dari pasu itu, tetapi kali ini (selepas orang itu ambil) apabila dijenguk pasu, kelihatan hanya anak-anak gapi (sebesar hujung kuku) sahaja yang tinggal!!!
Habis licin gapiku diambil orang!! |
Kalau ya pun Mak Aji benarkan ikan gapi diambil, biarlah berpada-pada. Takkanlah semuanya mahu diambil!!??? Panas juga telinga dibuatnya!
Teringat pula Mak Aji akan pengalaman yang lebih kurang sama yang dialami berpuluh tahun dahulu. Ketika itu Mak Aji menyewa rumah dan kami menanam cili api dalam beberapa pasu. Rumah yang kami sewa itu sebenarnya merupakan salah satu daripada beberapa kelompok rumah sewa yang dimiliki beberapa beradik. Salah seorang tuan rumah (bukan tuan rumah kami) mengetahui yang kami ada menanam cili api (burung) dan dia meminta cili untuk diberi makan kepada burungnya. Tanpa berfikir panjang kami mengiyakan. Selepas dia selesai memetik, kami keluar dan mendapati bahawa pokok cili kami kesemuanya togel tanpa cili langsung - habis disebatnya!!!!
Itulah dia sikap manusia, diberi betis mahukan paha pula, diberi paha entah apa lagi yang dia mahu! Kita selalu menganggap hati orang macam hati kita - apabila kita meminta dan orang memberi, kita ambillah secara berpada-pada, cukup sekadar yang kita perlu sahaja. Memang betul perumpamaan, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain!
sabo je ler mak aji
ReplyDeletetu lah lumrah hidup ni
Salam me.ronazil.ab,
DeleteMak Aji urut dada nih! Yelah, nak buat macam mana ya, dah bukan rezeki kita lagi, redha ajalah.
Assalam Mak Aji.. tak reti sungguh depa ni... kan hak org ... tinggalah org belakabg sikit! Sabo ye Mak Aji..
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mar,
DeleteItulah dia, x sangka pula ada juga org yg jenis macam tu. Bila org tu bawa botol air yg besar, 1.5 liter tu, x sangkalah yg banyak yang nak diisinya! Yelah Mak Aji sabo.
pantang dapat brg free, semua sekali disebatnya...heheheh
ReplyDeleteSalam Rose,
DeleteMemang! Dalam satu lagi tempayan besar ada dua tiga ekor yg besar2 dalam tu, tengok2 satu pun takde dah! Nampak gaya kena beli ganti sebab takut nyamuk pula membiak! Haisy!!
salam makji,
ReplyDeleteperangai orang yang tak tau berterima kasih gitulah kan..kalau dah buat perangai gitu next time orang dah tak percaya dah mrk nie..dsr penyangak kang..
Salam Ummuaidan,
DeleteNext time minta apa-apa kena specify kita nak beri banyak mana, memang xleh harap dia ambil sendiri, nescaya botak lagi dikerjakan!