As-salam.
Pokok mahkota dewa berbuah dengan lebatnya kali ini. Untuk tidak membazir lagi, Pak Aji mengutip kesemua buahnya yang masak untuk dimanfaatkan. Setelah dipotong nipis-nipis dan dikeringkan di tengah-tengah panas selama dua hari sehingga cukup kering, berikut hasilnya:
Rupa seperti asam keping. |
Alhamdulillah dapatlah sebotol! |
Adry, seorang rakan blogger pernah memaklumkan bahawa sekilo buah mahkota dewa yang siap dikeringkan boleh mencecah harga RM100 sekilo! (aku kaya, aku kaya!) Apapun setakat ini Pak Aji yang merendamkan sekadar dua keping di dalam air panas (tutup kolenya) dan setelah sejuk sedikit diminum. Mak Aji juga ada meminumnya dan rasanya sedikit masam - alhamdulillah dari segi rasa ok!
Katanya buah ini bagus untuk mengawal kencing manis serta darah tinggi. Boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai kedua-dua masalah kesihatan ini, insya-Allah.