About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 25 December 2011

Bunga di Laman


Berikut gambar bunga di laman yang diambil sejurus selepas hujan:
Cuba teka bunga apa?
Dari jarak jauh sedikit
Bunga kertas
Sekuntum bunga kemboja


Vertical Garden di One Utama

Mak Aji dan Cik Ning ke One Utama untuk membeli barang hantaran untuk kahwin anaknya nanti yang bakal dilangsungkan pada raya cina nanti dan sambil kami menikmati suasana kemeriahan Krismas, kami terlihat vertical garden di laluan dari sayap (wing) baru ke sayap (wing) lama. Ini gambarnya, cuma kami tidak berpeluang nak membeleknya betul-betul kerana terlalu ramai pengunjung dan seganlah pulak!! 

Yang ini dengan bunga poinsettia yang biasa digunakan untuk Krismas
Yang ini pokok berdaun hijau sahaja
Nampak macam tidak susah membuatnya, mereka pakai pasu plastik yang kita biasa pakai tu, cuma dari segi drainage kurang pasti pulak.

Mak Aji ada terpandang vertical garden di sebuah cerun yang curam di sebelah kanan sebelum kita membelok ke kiri untuk ke hadapan bangunan Sentral di Bangsar.  Malangnya ketika itu Mak Aji memandu, jadi tidak berpeluang merakamkannya. Harap adalah nanti ruang masa dan peluang untuk mengabadikannya nanti. 

Thursday, 8 December 2011

Bunga di Laman

Bunga lili yang dibawa balik benih dari rumah lama di JB kembang buat pertama kali. Warnanya cukup cerah dan meriah. Saksikan:

Bunga lili - jarak dekat

Bunga lili


Sunday, 4 December 2011

Khasiat Daun Kari

Daun kari (daripada pokok kari - Murraya Koenigii ) biasanya hanya kita gunakan untuk masak kari sahaja.

Pokok kari yang cukup subur
Walaupun begitu daun kari atau bahagian-bahagian lain pokok ini memang digunakan secara meluas oleh masyarakat India. Selepas sedikit pencarian di Internet, Mak Aji dapat membuat kesimpulan berikut berkenaan pokok kari dan khasiatnya: 

Pokok kari ialah sejenis pokok renek ketinggian antara 0.9 - 6 meter,  biasa ditanam di halaman sebagai rempah dalam masakan, terutamanya kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan rasa agak pahit. Daun ini tidak hanya digunakan dalam kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya. Kari dari India dan Sri Lanka dan akan hidup subur dalam kawasan tropika. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.  Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Daun kari mengandungi 66.3% kelembapan; 6.1% protein; 1.0% lemak; 16.0% karbohidrat dan 6.4% fiber.  Juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C; juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigin.

Berikut Kegunaan Daun dan Bahagian Lain pada Pokok Kari:

Bil.
Kegunaan
Cara
1.
untuk menguatkan perut; meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman
campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
2.
sebagai julap lemah untuk mengatasi masalah sembelit
Rendamkan daun kari dengan air panas. Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.
3.
sebagai penawar diabetes
Rebus  kulit batangnya yang kering dan amalkan meminumnya  untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4.
mencegah uban, agar rambut panjang dan sihat
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5.
untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke  tempat gigitan haiwan berbisa.
6.
untuk merawat lebam dan bengkak
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7.
untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak
Makan daun kari setiap hari sama ada pucuknya utk dibuat ulam atau daunnya yg tua dicampur dgn banyak dlm gulai kari.
8.
masalah loya dan pening
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis dan diminum untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung, campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.
9.
penawar cirit- birit dan buasir
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit-birit dan buasir.
10.
kecantikan & kesihatan Diri
Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.
11.
menghalau lalat
Tiada penerangan



Saturday, 3 December 2011

English parsley

Minggu lepas, Mohaini memberikan English parsley untuk ditanam. Terima kasih Mohaini. Ini yang baru ditanam bersama-sama daun bawang. Mak Aji berani tanam secara bercampur-campur sebab En. Iskandar kata kita boleh berbuat demikian tanpa menjejaskan bau dan rasa herba-herba tersebut. Inilah herba yang baru ditanam dalam pasu hari ini:

English parsley dan daun bawang

Daun kesum dan daun pudina

Pegaga

Bunga kertas

Hujung minggu lepas Mak Aji berpeluang ke nurseri dan berikut bunga kertas (bougainvillea) yang diperoleh:

Belum pindah ke pasu lagi

Sudah sedia berbonsai, cuma kena jaga saja

Yang murah sedikit
Pak Aji tidak gemarkan bunga kertas, banyak duri katanya, susah nak jaga. Sebaliknya Mak Aji suka sebab warnanya cantik. Kalau hendakkan mudah kawal, tanam dalam pasu saja, cuma kena jaga airnya sahaja.

Thursday, 1 December 2011

Bunga Kemboja Kembang Mekar

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu tiba - bunga kemboja kembang mekar untuk pertama kalinya. Berikut gambarnya:

Warna yang cukup menawan!
Kemboja lagi
Sayangnya bunga kemboja ini tidak pula wangi seperti yang pernah ditanam dahulu. Apapun, alhamdulillah hajat kesampaian juga!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...