About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 7 January 2012

Back-breaking Efforts

Sudah agak lama Mak Aji tidak betul-betul buat kerja membuang rumpai, sekadar membuang sedikit sebanyak di sana-sini. Seperti yang pernah di baca, rumpai mesti dibuang sebelum ia besar - lebih mudah. Jika dibiarkan, usaha membuangnya menjadi lebih sukar. Kalaulah mampu menggaji tukang kebun bukankah bagus - kita pagi-pagi keluar ke laman, 'melawat kawasan' ibarat wakil rakyat! Semua dirty work  diselesaikan oleh tukang kebun! (enough of day-dreaming!!).

Hari minggu yang lepas, memandangkan tempohnya agak panjang, maka tukang kebun tak bergaji ini pun memulakan kerja seawal pagi dan masuk bila matahai mula agak terik. Hasilnya, layan.......

Ahlan wasahlan!!
Rumput mutiara
Cuba teka bunga apa!! Jawapannya/pokoknya di bawah nun ...
Bunga kertas
Siapa kata bunga kertas tak cantik??
Masya-Allah, bunga dalam bunga!!
Bunga kertas lagi
Bunga kertas dengan daun variegated 
Cili berbuah untuk pertama kali
Anak cili di celah pokok - cili padi biasa
Embun pagi di dedaun
Dew glistening in the morning sun!!
Pokok dedaun
Embun di dedaun
Beri makan gapi
Pisang kipas - closely guarded against predator - kambing jiran!
Kemboja jepun berbunga lagi
Masya-Allah punya cantik dari dekat!!
Kemboja - batch bunga yang akhir
Mexican orchid kelopaknya bak tisu lembut!
Ini pokoknya untuk teka bunga di atas nun - hempedu bumi!!
Pokok kacang - untuk tutup bumi
Pokok ini ditanam di kedua-dua belah pagar rumah
Sejenis pokok pakis yang diambil dari rumah tukang urut di Kg. Melayu Subang 
Susu kambing sedang subur - Siah, bila nak datang???
Walaupun pinggang rasa bagai nak patah, namun apabila melihat hasilnya, puas!! Oh ya, Mak Aji perlu cari peralatan untuk membuang rumpai, amat penting sekali untuk mengurangkan sakit pinggang. Ini dia: 

Bangku kecil!
Selamat berkebun!

Friday, 6 January 2012

Untuk Kawan

Ada kawan di ofis yang minta daun kesum dan keratan batang pokok Nasir. Jadi sebelum tidur malam tadi Mak Aji pergi ambil dan letak di pintu - al-maklumlah selalu terhakis memori, takut terlupa bawa pulak. Ini yang diletak di pintu hadapan rumah:


Keratan batang pokok Nasir dan daun kesum.

Catatan: Semoga keratan batang akan hidup dengan sihat, jangan mati dan daun kesum bermanfaat untuk hidangan.

Monday, 2 January 2012

Taman Balkoni

Mak Aji terjumpa beberapa contoh taman balkoni yang cantik-cantik untuk tatapan bersama. Ada sebahagian yang ditanam bunga, ada yang ditanam sayur dan ada yang ada water feature. Saksikan dan semoga beroleh inspirasi dan bersemangat menghidupkan balkoni yang terbiar!:

Yang ini pokok disusun dan pasu berbentuk segi agar menjimatkan ruang.
Yang ini memanfaatkan trellis agar pokok memanjat.
Ini pula memanfaatkan pasu sebagai elemen hiasan.
Ini juga ada water feature dan batu sebagai elemen hiasan.
Sejuk dan nyaman dengan pokok memanjat!
Ini cukup ringkas dengan planter box dan trellis.
Ini memanfaatkan rak untuk menjimatkan ruang.
Menarik sekali pokok gantung di balkoni ini.
Yang ini berciri Bali dengan water feature sekali.
Water feature dan batuan.
Juga ada elemen air.
Yang ini juga ada elemen air - sejuk dan mendamaikan!
Sumber gambar: Google images


Cubaan Memanipulasi Pokok

Mak Aji ada menanam dua pokok yang sama dari satu jenis. Pokok ini biasa kita lihat di mana-mana sama ada dalam pasu atau di atas tanah. Kalau dibeli besar, harganya boleh tahan, jadi dibeli yang murah sahaja.  Apa yang menarik dengan pokok ini, batangnya dibentuk menjadi lingkaran/spiral dan bahagian dahannya dibentuk bulat dan sebagainya. Usaha ini belum pernah dicuba tetapi beberapa hari lepas Mak Aji beli batang penyapu di  kedai hardware dan batang penyapu dicucuk sahaja ke dalam pasu. Ini hasilnya:

Nama pokoknya, entah ya??

Buah di Laman - Rezeki Tahun Baru

Mak Aji berasa cukup bertuah kerana semasa meninjau-ninjau di laman, terperasan yang dua pokok mangga sedang berbuah. Begitu juga pokok mulberi yang berbuah untuk pertama kalinya! Berikut gambarnya:

Pokok 1

Pokok 1 dari dekat - buah masih kecil

Pokok 2

Pokok 2 dari dekat - buah sudah agak besar
Mulberiku sudah berbuah!!
Buah mulberi

Sunday, 1 January 2012

The Hanging Gardens of Babylon

Hasil ukiran warna oleh seniman Belanda yang bertajuk "The Hanging Garden of Babylon.

Taman Tergantung Babylon dianggap sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Ia juga dianggap sebagai salah satu daripada keajaiban yang mengkin sekadar legenda semata-mata. Taman ini dikatakan sebagai dibina di kota lama Babylon, berdekatan dengan Al Hillah,  di daerah Babil, Iraq.

Taman ini terbina ketika zaman pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II, yang memerintah Babylon antara 605 dan 562 SM. Baginda dikatakan mengarahkan pembinaan taman ini khas untuk isterinya, Amytis of Media, yang merindukan tanaman yang terdapat di tempat asal-usulnya. Taman ini dikatakan telah hancur kerana beberapa gempa bumi yang berlaku selepas kurun yang kedua SM.

Sumber: Wikipedia 

Taman Urban

Istilah "Urban Garden" biasanya merujuk Container Gardening atau taman yang di dalamnya terdapat tanaman hiasan atau sayur-sayuran yang terdapat di bandar atau kawasan sekitar bandar (istilah ini juga timbul kerana biasanya orang bertanam di kawasan luar bandar sahaja).  Mak Aji ada beberapa foto yang mahu dikongsi yang memaparkan jenis taman ini:

Ini tentunya memerlukan kawasan rumah yang cukup luas.
Taman ini terdapat di atas bumbung.
Begitu juga yang ini!
Mak Aji teringatkan rumah kawan baik di Subang Bestari (fasa yang lebih baru berbanding rumah Mak Aji dulu) yang sebelah ruang tamunya ada taman di dalam rumah/indoor garden/courtyard. Itu yang Mak Aji paling suka tentang rumah dia. Lain kali bila berpeluang Mak Aji akan memaparkan untuk anda.

Sumber gambarhttp://www.bhg.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...