About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 24 September 2012

Tamu Pagi

As-salam.

Seminggu lebih guru Pak Aji bertamu di rumah dan sepanjang tempoh itu jugalah Mak Aji tiada kesempatan langsung untuk meluangkan masa di laman. Alhamdulillah nasib menyebelahi sebab hujan turun juga walaupun cuaca agak panas. Jadi tiadalah pokok yang tewas out of neglect! No one to blame but yours truly! 

Petang semalam tamu berkunjung pula ke rumah seorang lagi anak muridnya di Kemensah Heights, jadi pagi ini Mak Aji baru berpeluang ke laman. 

Sambil membelek pokok di laman, dan menghampiri pokok pudina, terasa amat teruja dengan bau daun pudina - heavenly smell - Mak Aji suka sangat!! Cuma pokoknya agak sudah mengurus - sudah lama pokok tidak diletak baja.

Asyik membelek pokok pada mulanya Mak Aji terkejut apabila ternampak ekor! Ekor apakah itu, jangan jenis yang creepy crawly sudah! Rupa-rupanya ini tamu yang berkunjung, memerhati Mak Aji!:

Tamu yang memerhati Mak Aji - cool aje!

Buat terkejut orang tua pagi-pagi ya!



Wednesday, 12 September 2012

Pelbagai Herba di Taman Herba

As-salam.

Semasa kami menginap di Tok Aman Bali Resort, di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan tempoh hari, Mak Aji perasan yang mereka telah mewujudkan sebuah taman herba yang menghimpunkan pelbagai pokok herba yang agak sukar didapati. Mak Aji sempat merakam beberapa jenis herba tersebut:

Bunga pokok cekak manis gajah.

Bunga misai kucing.
Kacip Fatimah
Lidah Jin (????)
Mata Pelanduk.
Naga Buana.
Nanas Batu.
Pecah Beling.
Kancing Baju.
Susuh Kelapa.
Tongkat Ali.
Daun tongkat Ali dari dekat.
Bunga pokok ginseng
Pokok ginseng.
Bunga kaduk.
Pokok ginseng hutan.

Khasiat Halia Bara

As-salam.

Semasa kami di kampung, kami sempat ke pasar dan Pak Aji terjumpa halia bara untuk dibawa pulang dan ditanam memandangkan herba itu banyak khasiatnya. Ini foto halia bara yang dibawa balik:

Halia bara
Antara khasit halia bara adalah seperti berikut:

Melembutkan perut
Membantu penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
Merawat kesan gatal gigitan serangga
Melegakan demam
Merawat resdung
Mengurangkan sengal-sengal sendi
Tenaga batin
Rawatan Selepas Bersalin

Sumber: http://violetgloves.blogspot.com/

Mengikut sumber di atas juga, halia dibuat ulam untuk tujuan membuang angin. Halia bara juga boleh direbus untuk diminum airnya bersama-sama madu (cara ini juga secara umum sahaja dan tidak dimaklumkan untuk mana-mana rawatan di atas). Wallahualam!



Buah Salak

As-salam.

Mak Aji belum pernah melihat buah salak yang sedang masak di pokok. Semasa balik kampung tempoh hari, Mak Aji berpeluang melihat dari dekat di rumah kakak ipar:

Buah salak.


Perhatikan duri pokok salak. Sebab itulah pokok ini jarang ditanam sekitar rumah.
Durinya dikatakan berbisa.


Buah Katak Puru

As-salam.

Pernahkah anda dengan buah katak puru?? Kalau belum, ini rupanya berserta pokoknya sekali:

Buah katak puru!
Buahnya keluar di batang pokok!
Ini pokoknya dengan buah bergantungan di batangnya.

Bunga Cantik dari Kampung

As-salam.

Mak Aji baru sahaja balik dari kampung dan semasa menginap di rumah kakak, Mak Aji sempat merakam beberapa foto untuk tatapan bersama:

Entah apa nama bunganya.



Bunga dalam bunga, macam cerita berbingkai, cerita dalam cerita!


Cantik orkidnya!

Kemboja Jepun menawan.

Berikut pula bunga-bunga  dari rumah kakak ipar Mak Aji:


Semacam halia.

Bunga raya. Perhatikan buahnya di bawah - biji di dalamnya boleh dibuat benih pokok ini!!

Bunga raya jenis yang kembang sebahagian sahaja!


Wednesday, 5 September 2012

Bunga Pengubat Hati

As-salam.

Semasa kami bergegas untuk menghantar anak-anak kembali ke Surabaya usai solat Subuh tadi, Mak Aji perasan yang bunga pokok jarum tujuh bilah ada dua kudup yang akan kembang. Tidak sempat pula mengambil fotonya. Sekembali kami ke rumah bunga sudah pun kembang. Masya-Allah punyalah cantik dan meriah warnanya! - sedikit sebanyak boleh mengubat hati yang sedih kerana anak-anak kembali menyambung pengajian mereka!! Saksikan bunga kembang pengubat hati:

Masya-Allah begitu cantik ciptaan-Mu!
Dari sisi.
Pokok yang segar walau hanya di pasu.

Pokok kemboja yang mula kembang pada awal Syawal masih berkembangan lagi:


Bunga kemboja.
Bunga melur pun mula kembang.

Alhamdulillah melihatkan bunga-bunga ini terubatlah sedikit sebanyak hati ini!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...