About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 7 January 2013

Pokok Cik Ning dan Jirannya

As-salam.

Semasa di rumah kakak, Cik Ning di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, Mak Aji sempat merakam lagi beberapa foto berikut:

Bunga kemboja Jepun jenis bonsai.
Pokoknya kecil, jenis bonsai, begitu juga saiz bunganya.
Pokok nanas hiasan kepunyaan jiran Cik Ning.
Ini nanasnya dari dekat - zoom yang kurang jelas.





Bunga Cantik

As-salam.

Pada pagi Sabtu lepas, sebelum bertolak balik ke KL, kami menyinggah di nurseri sebab Pak Aji mahu mendapatkan tanah serta polibeg besar bagi menempatkan anak pokok mangga yang diberikan oleh suami Cik Ning, Abang Him. Pak Aji risau kalau-kalau pokok itu tidak mahu hidup sebab tanah yang menyelaputi akarnya sudah sedikit berkecai semasa anak pokok itu digali.

Sambil Pak Aji sibuk berurusan dengan pekerja nurseri itu, Mak Aji tidak melepaskan peluang meninjau bunga dan pokok-pokok yang dijual di nurseri itu. Layanlah foto yang dirakamkan:


Tak tahu bunga apa.
Umpama torch.
Ros berbilang kelopak.
Bunga senduduk - sengaja di gantung - cantik pula, kan!
Semacam bunga pokok jambu air.
Ini juga cantik, entah apa namanya?
Anthurium putih.
Tidak tahu apa ke namanya.
Cukup unik bunga dan daunnya!
Orkid cantik.
Cantik, kan!
Paling berkenan pokok ini - cantik dan unik sekali!
Dari sisi.
Dari dekat, ada kelopak bunga kecil pula!!
Meriah sungguh warnanya.
Sejenis keladi yang cantik daunnya.
Orkid lagi.
Pelik juga pokok ini.
Pitcher plant.
Cantik juga.
Cubalah cari pokok-pokok di atas di nurseri ini, di Kota Bharu.






Thursday, 3 January 2013

Pasar Jerteh

As-salam.

Sebelum sampai ke kampung Pak Aji, kami menyinggah di Pasar Jerteh untuk membeli buah tangan untuk keluarganya. Berikut beberapa foto menarik yang jarang Mak Aji jumpa untuk tatapan bersama:

Ubi keling - lepas makan, minum air, terasa manis! Besar-besar saiznya!
Ubi badak (isinya warna putih).
Ubi itik - lama betul tak makan!
Ubi badak (isinya warna ungu).
Buah rambai kegemaran arwah mak.
Kelapa parut?? Gelombong boyo!! Label biar betul!
Pelbagai dodol.

Seronok pula bila masuk ke pasar dan terjumpa benda-benda yang sudah lama tidak dijumpai dan dimakan!



Bunga Cantik

As-salam.

Semasa dalam perjalanan ke rumah adik beradik Pak Aji di Jerteh, Terengganu, Mak Aji terjumpa bunga cantik berikut:

Cantik kan bunganya! Entah apalah namanya?
Kudupnya.
Pokoknya.
Berikut pula bunga yang dijumpai semasa berhenti makan tengah hari di Bukit Yong:

Bunga putih bersih, entah apa juga namanya.
Cantik bahagian tengahnya!



Tuesday, 1 January 2013

Sepetang di Pasar Chow Kit

As-salam.

Beberapa minggu lepas Mak Aji menemankan kawan, Ibu Dewi (kawan dari Surabaya) ke pasar Chow Kit.  Mak Aji terasa umpama jakun masuk ke pasar sebab sudah terlalu lama tidak ke situ manakala Ibu Dewi pula yang umpama balik kampung! Semasa di KL, dia akan ke Chow Kit sekali seminggu untuk keperluan restoran suaminya di Shah Alam. Seperti biasa, Mak Aji sentiasa bersenjatakan kamera. Ini foto istimewa untuk anda:

Kunyit hitam cukup besar saiznya!
Halia bara juga besar!
Pertama kali melihat kunyit putih!
Temulawak juga besar!
Temu kunci mudah kita jumpa di pasar pagi.

Temu pauh.
Patawali yang cukup pahit.
Lempoyang.
Kunyit bonglai.

Mak Aji cukup seronok melihatkan pelbagai jenis kunyit dan halia dan yang sejenisnya. Rupa-rupanya segalanya ada di situ - yang tiada emak dan bapa sahaja!!

Buah-buahan pula cukup banyak, segar dan murah sekali! Sayangnya tidak banyak yang dapat dibeli sebab terbawa, tidak cukup tangan! Akhir kata, lain kali Mak Aji mahu lagi ke sana, entah bilalah tu???



Bunga di Laman - Senduduk

As-salam.

Bunga senduduk di laman? Jangan terkejut, pokok ini bukannya yang sengaja ditanam (kecuali untuk senduduk putih) tetapi yang tumbuh sendiri. 

Selepas tergamam dengan pokok senduduk ungu bersaiz gergasi di Agro Kusuma Jatim tempoh hari, seronok pula bila melihat senduduk di celah-celah pokok di laman, meskipun hanya bersaiz biasa. Saksikan:

Bunga senduduk ungu.
Kudup bunga senduduk. 
Pabila melihatkan kudup senduduk, teringat pula akan keenakan jem buah kemunting yang biasa dimasak Sendiri oleh arwah emak. Sebenarnya arwah ayah pernah mengajar di Tok Bali. Ketika itu Mak Aji masih budak-budak dan jambatan masih belum ada. Jadi untuk menyeberang kami terpaksa berperahu. Selepas itu perlu berjalan pula. Semasa berjalan kami melalui kawasan yang penuh dengan pokok kemunting. Jadi, apa lagi, kami petik dan kendung dalam baju! Silap haribulan habis baju kami bertompok-tompok dengan warna ungu, terkena buah yang masak! Those were the days, cukup menyeronokkan. Berbaldi kemunting yang kami peroleh hinggakan boleh dibawa balik untuk dibikin jem!



Selamat Tahun Baru Masehi

As-salam.

Selamat tahun baru semua. Entah pernah atau tidak, kurang pasti, yang Mak Aji sambut tahun baru di kampung (kecuali semasa sebelum berhijrah ke KL). Mak Aji di rumah sahaja lewat malam tadi, tidak keluar pun ke bandar. Apapun, malam tadi tiada langsung bunyi dentuman bunyi dentuman bunga api atau apa-apa bunyi lain yang menandakan peralihan tahun. Biasa-biasa sahaja. 

Di luar masih hujan gerimis sejak pagi-pagi lagi. Semalam seharian langit bagai hendak runtuh, hujan lebat sepanjang hari. Jangan pula hujan sampai banjir bila kami akan balik ke KL insya-Allah hujung minggu nanti. 

Akhir kata (untuk entri ini), salam tahun baru, semoga tahun baru membawa segala yang baik-baik untuk kita semua, insya-Allah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...