About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 16 March 2014

Pokok Mulberi Saiz XXL

As-salam.

Semasa kami mula-mula menduduki rumah kami sekarang sekitar dua tahun lalu, Mak Aji tidak tahupun akan kewujudan pokok mulberi di hujung laman. Apabila Mak Aji mula berkawan dengan kawan-kawan blogger tanaman, barulah Mak Aji sedar akan perkara itu. Ketika itu ketinggiannya sudah mencapai ketinggian bumbung rumah orang sebelah! (rumah setingkat)! 

Semasa kawasan hujung laman dibuang semak-samunnya beberapa minggu lalu, pokok tersebut dipangkas dahan-dahannya. Sekarang kelihatanlah pucuk-pucuk baru seiring dengan buahnya sekali:



8 comments:

  1. mak aji...jiran sblh rumah ada tanam pokok ni..mmg kalau tak dicantas,tingginya melepasi bumbung rumah...pucuknya sedap dicelur,buat ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Oh ya ke, kalau gitu bertambahlah koleksi ulam di laman! Ingatkan ulat sutera aje yang suka!

      Delete
  2. salam, pucuk2 mulberi muda tu... sedap buat sayur air mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Masak sayur air macam kita dok buat pucuk manis tu ya!

      Delete
  3. Musim hujan ni buahnya mesti saiz xxl juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Srikota,

      Buahnya kecik2 sebab dah beberapa bulan ni panas dan hujan pun baru sehari dua ni je. Insya-Allah selepas ni bila kerap2 hujan saiznya akan makin besar!

      Delete
  4. Kalau mcm tu nk kutip la pucuk dah meninggi...tp buah nya jarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji pun. Kalau sebelum ni bila buat pangkasan, ranting yg besar dicucuk semula dan yg lainnya dibuang aja. Lepas ni boleh pilih pucuk utk celur buat ulam atau masak sayur air!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...