Bunga kerak nasi atau kesidang cukup wangi baunya. Rupanya apabila diteliti juga cukup cantik, masya-Allah!:
Begitu sempurna sekali ciptaan-Mu, ya Allah!
Mak Aji pernah menanam pokok kesidang ini di belakang dapur tidak lama dahulu - untuk menghibur hati yang (ketika itu) memang kurang suka memasak! Kerja memasak memang dibuat tetapi dengan tujuan memberi makan keluarga sahaja. Kalau saja-saja masak kerana suka memang tidaklah. Kehadiran bunga kesidang yang mewangi seolah-olah memujuk hati ini agar betah di dapur!
sy suka masak...tp tak suka nk kemas basuh periuk2 yg digunakan..ermm nk cari pokok kesidang ni lah...tanam dlm pasu boleh la kan..berpasangan dengan pokok kenanga
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteMak Aji tak suka masak, basuh periuk belanga lagilah tak suka! Apapun sekarang ok sikitlah, sedang berusaha merajinkan diri ke dapur dengan menambah peralatan dapur agar seronok sikit masuk dapur, maklumlah ofis baru Mak Aji! Kerak nasi Mak Aji berkawan dengan akar dani!