About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 16 January 2013

Update tentang Pisang

As-salam.

Mak Aji hendak tunjukkan foto update pokok pisang yang berbuah beberapa bulan lalu:

Lama lagi ke nak matang??
Kata Pak Aji, mahu sebulan lagi baru boleh makan kut? Boleh tahan lama juga ya! Dalam diam dua pokok lagi sudah berbuah juga. Jadi, sedang elok buah dari pokok ini dituai, ada dua tandan lagi dalam waiting list!

Dalam pada itu, pokok pisang lemak manis di sudut hadapan laman sudah matang dan sudah ditebang. Ada dua lagi juga pokok sedang berbuah, cuma belum matang. Berikut foto setandan pisang lemak manis yang sudah dikongsi makan oleh tuan pisang dan juga burung-burung di laman!
Pak Aji sengaja gantung tandan di bawah ini di pergola agar dia boleh memerhati burung!

Pisang lemak manis atau pisang monyet.

Melihatkan pisang lemak manis, teringat pula cekodok pisang menggunakan pisang ini! Cukup sedap sebab memang manis semulajadi, tidak perlu tambah gula sebanyak biasa.





Monday, 14 January 2013

Mandi-manda dalam Hujan

As-salam.

Pagi semalam selepas solat Subuh Mak Aji tidur balik sejam dua sebab kepala terasa sedikit berat. Pak Aji sebaliknya, seperti biasa, membaca buku/kitab di beranda. Cuaca ketika itu hujan dan udara agak sejuk dan nyaman. Pak Aji terdengar kicauan burung dan apabila diperhati, terdapat sekumpulan burung di puncak pokok rambutan. Rupa-rupanya burung sibuk mandi-manda dalam hujan! Mereka meniarap, melentang, menyenget dan sebagainya. Ada juga yang menyusup-nyusup di celah-celah daun rambutan. Riuh-rendah suasana. Bukan burung sahaja yang seronok mandi dalam hujan, Pak Aji juga seronok memerhatikannya! Pak Aji sepatutnya merakam foto mereka tetapi terlupa katanya. Pun tidak dikejutkan Mak Aji dari tidur sebab kasihan dek kerana kepala Mak Aji lari stesennya! Sayang betul terlepas aksi burung di pagi semalam!

Burung di puncak pokok rambutan jiran sebelah.


Sunday, 13 January 2013

Tunjuk Langit dan Nanas Lagi

As-salam.

Pagi semalam Mak Aji dan Pak Aji ke pasar tani Taman Melawati untuk mencari kapsul tunjuk langit. Bapa saudara Mak Aji yang memaklumkan kepada kami tentang hal itu. Ini yang kami jumpa:

Sebotol RM30, lima botol RM100.
Nombor telefon pengeluarnya juga dipaparkan.
Pak Aji mahukan kapsul ini untuk mengawal darah tingginya. 

Mak Aji belum pernah ke pasar tani ini, jadi agak seronok jugalah berada di pasar ini jika dibandingkan dengan pasar tani di Paya Jaras, Sungai Buloh. Rupa-rupanya sayur kampung lebih banyak pilihan di Melawati. Mak Aji juga ada terjumpa umbut kelapa! Kalau dibuat acar masak umbut kelapa, tentu sedap! Teringat pula pada zaman kecil-kecil dulu arwah emak yang masakkan. Umbut juga dicampur ke dalam gulai kawah yang biasa dimasak untuk kenduri kahwin! Mak Aji sekadar pandang sahaja - takut kalau tidak menjadi kalau masaknya. 

Usai urusan di pasar tani, kami menyinggah ke rumah kawan di kawasan perumahan itu - kawan sepejabat yang sebaya Mak Aji dan yang sudah sekian lama pencen awal (kalau tidak silap pada usia 45 tahun). Kami diajak bersarapan di rumahnya. Selepas kami pekena nasi dagang (sedap Wan!) dan sandwic sardin serta kopi-O kaw (tentunya cap Kapal Api!), kami beredar untuk balik. Sampai di pagar Mak Aji terlihat pokok nanas ini yang ditanamnya:

Nanas hiasan - kecil sahaja buahnya.
Dari dekat - ada bunga ungu! Comel sekali!



Cuba Teka Bunga Apa

As-salam.

Sambil meninjau pokok di laman, terlihat pula Mak Aji akan segugus bunga ini:

Cer teka bunga apa! Perhatikan daunnya!



Mistaken Identity

As-salam.

Mak Aji sebenarnya cukup kecewa dengan pokok akar dani yang diharap berbunga tetapi tidak. Beberapa minggu lepas Pak Aji menyebut yang pokok itu bukan akar dani tetapi pokok lain! Pokok itu sebenarnya Mak Aji ambil dari bawah pokok akar dani - tentunya anak pokok akar dani - main agak saja sebab daunnya sama sahaja. Selepas membelanya sudah bertahun, dipindahkan tempatnya beberapa kali dan akhirnya di sisi pergola, tiada langsung rupa bayang bunga! Akhirnya Mak Aji beritahu Pak Aji, tebang sahajalah. Tahu-tahu sahaja pokok sudah tinggal tunggul! 

Semalam kami menyinggah ke nurseri dan mendapatkan pokok akar dani yang sebenarnya! Untuk tidak tersilap identiti lagi, kami ambil yang ada bunganya sebagai bukti! Tipah tertipu rupa-rupanya!!
Pokok yang dianggap akar dani sebelum tinggal gemulah.
Gemulah 'akar dani'!
Pokok akar dani sebenar, insya-Allah!!
Buktinya, ini bunganya yang pada mulanya putih kemudian bertukar merah dan wangi!!!

Pokok Kegemaran

As-salam.

Berikut antara pokok-pokok di laman yang menjadi kegemaran Mak Aji:

Dah cuba nak ganti pasu tetapi tidak dapat. Sayang nak pecahkan pasu ni.
Untuk menyambut tamu di kedua-dua belah tiang pagar,
Buah untuk makanan burung.
Lihat yang dimakan sebahagiannya!
Suka hati melihatkan kehijauannya!




Pokok Sakit

As-salam.

Dek kerana selalu tiada di rumah, agaknya 'anak-anak' Mak Aji rindu mamanya lalu sakit (he he, perasan tak habis!). Ini yang Mak Aji lihat bila balik dari kampung tempoh hari. Pak Aji mahu sembur racun tetapi Mak Aji mahu tanya kawan-kawan kalau-kalau ada cara lain yang lebih baik - yang semula jadi dan bukannya racun! Lihatkan:

Daunnya menjadi bintik-bintik kuning.
Daun jadi keriting dan kuning.
Daun menjadi bintik-bintik coklat.
Daun menjadi hitam.
Juga tompok-tompok kuning.



Daun menjadi lembik dan busuk.



Mohon bantuan kawan-kawan yang pernah mengalami masalah yang sama agar penyakit tidak merebak ke pokok-pokok lain dan sebelum Pak Aji mula meracun!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...