About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 6 May 2012

Bertangas

Kak Lah tukang urut Mak Aji juga ada memberi satu lagi petua yang bukan sahaja diamalkan oleh orang selepas bersalin, malah juga baik untuk wanita biasa juga (yang sudah lama tidak bersalin macam Mak Aji!).

Katanya bertangas juga baik untuk membuang toksik dari dalam badan, juga sebagai satu kaedah untuk menguruskan badan.

Kerusi bertangas yang direka khas.
Duduk bertangas
Menurutnya berikut kaedahnya:

1. Rebus daun asam jawa, daun pandan dan daun serai wangi di dalam periuk.
2. Biarkan mendidih.
3. Letakkan di lantai dan letakkan kerusi yang berlubang (di tempat duduk, macam kerusi plastik 
    di gerai).
4. Duduk di kerusi dan selubunglah diri dengan selimut atau kain tebal (kecuali kepala).
5. Duduklah sehingga air rebusan sejuk dan tidak lagi mengeluarkan wap.

Sebenarnya jika blogwalking, banyak maklumat yang diperoleh tentang manfaat bertangas. Mak Aji cuma menyampaikan/berkongsi sedikit maklumat yang diperoleh daripada Kak Lah sahaja.

Catatan: Teringinlah pula masuk sauna untuk bertangas cara mudah. Set sauna masih berlipat dan disimpan di stor sejak pindah rumah (sudah setahun lebih yang lepas). Cuma perlu diingatkan, jangan sekali-kali masuk ke sauna jika sedang mengalami migraine (Mak Aji pernah berbuat demikian - sakitnya semakin teruk hingga 'tidak jadi orang' - janganlah orang lain mengalaminya pula! 

Sumber petua: Kak Lah Tukang Urut (Sg. Buloh)


2 comments:

  1. salam..saya diana..saya nak tanye, macam mana saya nak dapatkan contact no kak lah tukang urut ni ye?sebab sekarang ni saya duduk di sungai buloh dan mencari tukang urut lepas saya bersalin nnt..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Diana, ini nombor telefon Kak Lah Tukang Urut, 0133001512. Cuba telefon dia dahulu. Kadang2 susah sikit nak bercakap dengan dia sebab dia sibuk berniaga gerai nasi di Bandar Baru Sungai Buloh - gerai panjang yg membelakangkan jalan besar sebelum simpang nak masuk ke masjid Bdr Baru Sg. Buloh. Gerai dia jual masakan Kelantan pagi hingga petang. Sebelah gerai dia ada dijual ayam golek. Boleh cuba cari dia!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...