Seorang rakan ofis ada menunjukkan usaha dia bertanam sayuran dengan memanfaatkan beberapa tayar lama. Kawasan tanah di rumahnya agak terhad (rumah tengah di kawasan perumahan), jadi dia telah memanfaatkan lorong belakang rumah - bertar (di luar pagar) untuk bertanam kacang panjang, cili, petola, tomato dan sebagainya - berlebih-lebih hingga terpaksa dibawa ke ofis untuk dikongsi.
Setelah menyelongkar stor di belakang rumah, Mak Aji dapati ada dua tayar kereta lama Pak Aji - daripada menyemak di stor, elok dimanfaatkan sebagai tempat bertanam!
Cara-cara memanfaatkan tayar sudah diajar kepada Mak Aji oleh rakan tadi, tinggal lagi untuk benar-benar melakukannya sahaja!
Mak Aji juga terjumpa laman berikut yang menunjukkan pelbagai kegunaan bagi tayar lama:
Beberapa biji tayar disusun untuk menjadi tempat membuat kompos. |
Boleh disusun menjadi retaining wall. |
Menjadi 'pasu' bunga |
Sumber: http://www.tirecrafting.com/
Tentunya juga, seperti yang pernah kita semasa kanak-kanak pernah gunakan, buai daripada tayar lama:
Teringat-ingat pula zaman kanak-kanak! |
Dari tayar ke selipar!! |
Jadi, sekarang Mak Aji perlu bantuan Pak Aji untuk mengerjakan tayar-tayar lama di belakang - perlu dipotong bahagian tepinya yang di dalamnya dawai (sebelah sahaja), diterbalikkan, dibentukkan menjadi kelopak. Dah siap! Tinggal lagi perlu ditempatkan di mana-mana sesuai, dimasukkan tanah berbaja, terus tanam apa-apa sahaja yang dihajatkan!
No comments:
Post a Comment