About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 16 December 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Mak Aji kurang pasti akan bila bermula dan berakhirnya musim buah mangga tetapi berdasarkan pemerhatian pokok mangga di laman, Mak Aji agak sekarang bukan musimnya. Dalam pada itu ada juga beberapa biji buah mangga sesat di pokok, sama ada di pokok mangga cokanan mahupun mangga Mahathir. Malangnya hampir kesemuanya tidak mampu bertahan sehingga betul-betul matang - gugur ke tanah begitu sahaja. Jadi sebelum buah gugur, Pak Aji ada menuai beberapa biji buah mangga cokanan pada hari ini - "bikin mangga asam boi," katanya!

Sebijinya merekah tetapi tidak busuk.
Insya-Allah akan diasamboikan ya!

Monday, 15 December 2014

Ceri Surinamkah Ini??

As-salam.

Beberapa minggu lalu Mak Aji menyemai benih ceri surinam dalam sebuah pasu kecil. Jenuh Mak Aji tunggu akan keluarnya anak benihnya. Pada pagi ini Mak Aji perasan anak pokok ini di pasu tersebut. Anak pokok ceri surinamkah ini??:

Mak Aji semai 4 benih. Yang di kanan tu memang anak pokok lain. Yang dimaksudkan yang tinggi itu.

Kalau melihatkan bentuk daunnya tu, rasanya macam ya. Ada kawan-kawan yang tahu??

Kutunggu Kaukembang!

As-salam.

Sambil membelek-belek pokok di laman belakang Mak Aji mendapat wonderful surprise yang sudah agak lama ditunggu-tunggukan:

Hydrangeas bakal kembang lagi!!

Hydrangeas merupakan salah satu jenis bunga kegemaran Mak Aji - harap kembanglah dia dengan cantik!!

Cascading Beauty

As-salam.

Teruja Mak Aji melihatkan pokok akar dani berbunga lebat. Wangian harumnya juga sudah mula dinikmati setiap kali melintas berhampirannya!:



Cantik serta wangi di laman!



Nak Kahwin Anak Raja??

As-salam.

Siapa pulak mahu kahwin anak raja ni?? Itulah yang terlintas di hati Mak Aji apabila melihat pokok Australian gold vine dengan selambanya melilit buai di laman Mak Aji! Terbayang adegan seorang gadis yang bernyanyi-nyanyi di buaian lalu nyanyiannya itu didengari anak raja yang kebetulan lalu di situ! (Cerita Bawang Puteh Bawang Merah, ya??).

Buaian Mak Aji ini ala-ala macam dalam adegan itulah rupanya! Jadi kalau ada sesiapa yang masih bujang dan berangan-angan mahu kahwin anak raja, mehlah sini!! Apapun Mak Aji tidaklah boleh jamin ada anak raja yang bakal melintas kawasan rumah Mak Aji ni!!



Bahagia melilit!
Jom berbuai, siapa nak kahwin anak raja, he he!!




Sunday, 7 December 2014

Ginseng Jawa

As-salam.

Kalau di laman Mak Aji ginseng Jawa menumpang tumbuh di pasu pokok-pokok lain. Seolah-olah dianaktirikan pula si dia itu. Maka apabila ginseng ini tumbuh sendiri Mak Aji biarkan sahaja dia hidup subur. Setiap kali tukang potong rumput datang Mak Aji mengingatkan dia agar pokok itu dibuarkan sahaja dan jangan dipotong. Malangnya kali terakhir rumput dipotong, Mak Aji lupa untuk mengingatkan. Maka tamatlah riwayat kelompok ginseng Jawa itu. 

Tidak lama selepas itu ginseng itu tumbuh lagi di pasu yang Mak Aji semai keratan anggur. Akibat lalai menyiram habis keratan anggur mati kekeringan dan ginseng Jawa sahaja yang menyubur. Akhirnya Mak Aji biarkan sahaja ginseng Jawa menguasai seluruh pasu. Lihatlah betapa suburnya pokoknya:

Berbahagialah kamu di sini tanpa perlu menumpang kasih lagi!
Untuk maklumat lanjut tentang khasiat dan kegunaannya, juga benih ginseng Jawa, bolehlah anda ke sini:

http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/2013/01/ginseng-jawa-akar-som-jawa.html


Tamu di Laman

As-salam.

Sehari dua ini cuaca agak panas di siang hari dan kadangkala hujan turun di waktu petang. Setelah bercuti menyiram pokok maka sehari dua ini tugas menyiram terpaksa diteruskan demi kelangsungan hidup pokok-pokok di lamanku. 

Dari dalam rumah Mak Aji sudah mengintai-intai gelagat dua ekor burung murai yang bermain di pergola. Seekor di kayu pergola sementara seekor lagi sibuk membasahkan tekaknya. Yang pertama sempatlah Mak Aji rakam tetapi sayangnya yang kedua sempat lari.

Yang seekor. Perhatikan putik anggur di atas kanan foto.
Berehat di dahan tiruan. Putik anggurnya lebih jelas di sini. 
'Kolam' tempat melepaskan lelah dan membasahkan tekak yang haus!

"Kolam" Mak Aji sekadar pasu besar berisi air yang dikhususkan untuk membela ikan gapi di samping menjadi sumber minuman haiwan, terutama burung-burung yang sering bertamu!

Berikut pula tamu yang sering menjadi buruan tukang kebun. Terkejut Mak Aji akan upayanya memanjat sehingga setinggi itu! Lihatkan pokok pinang kuning berikut:


Ini pokok pinangnya. Nampak tidak siput yang bersaiz XL itu?? (di kanan).
Tudia musuh nombor satu!!
Taking his last breadth prior to execution!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...