About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 1 April 2015

Melur Jawa yang Menawan

As-salam.

Salah satu sumber Mak Aji mendapatkan anak pokok sekarang - FB! Walaupun begitu kita harus berhati-hati dengan penjual di FB kerana ada segelintir mereka yang kaki penipu! Jadi belilah daripada pembekal yang punya reputasi/testimoni pembeli yang baik sahaja! 

Sejenis lagi pokok yang Mak Aji beli ialah anak pokok melur Jawa. Mak Aji melihat kembang bunganya yang bergugus langsung terpikat, lantas terus memesannya daripada pembekal. Cuba lihat foto di bawah dan tanyalah diri sendiri - terpikat atau tidak!!:

Amacam, pecah liur tidak melihatnya??? Inilah dia melur Jawa!
Ini anak pokoknya yang juga berbungkus rapi.
Mak Aji membelinya daripada Sitisaloma Saad di FB. Cuba cari nama ini jika anda juga berminat mendapatkannya!



Mengubat Rindu

As-salam.

Lama sangat rasanya Mak Aji tinggalkan blog. Umpama berkurun lamanya! Mak Aji selama berpergian hanya berkomunikasi melalui media sosial lain seperti FB dan juga Instagram. Meraka yang berkawan dengan Mak Aji di situ sahajalah yang mengetahui perkembangan Mak Aji.

Mak Aji sebenarnya menghadapi masalah skrin komputer yang sering gelap secara tidak semena-mena. Setelah anak bujang Mak Aji mendapat tahu punca masalah, dia pula agak sibuk dan Mak Aji juga agak sibuk sehinggakan blog tinggal berhabuk! 

Alhamdulillah setelah anak Mak Aji menggantikan suatu kabel, masalah selesai. Kabel tersebut tidak sampai RM20 pun harganya (termasuk GST!) Harga yang begitu murah untuk membayar waktu yang hilang untuk berblog!

Apapun Mak Aji paparkan beberapa foto bunga-bungaan di laman untuk tatapan anda:

Bergugus mewangi si bunga kemuning/murraya.
Bunga bakung/lili putih.
Bunga bakung/lili pic berjalur.
Bunga entah apa ke benda - hakisan memori!
Bunga raya merah berbatik putih dan dua tingkat.



Wednesday, 21 January 2015

Yang Putih Berseri

As-salam.

Mak Aji mahu kongsikan foto sejenis bunga lili/bakung yang sedikit unik, belum pernah Mak Aji lihat sebelum ini. Bunga ini Mak Aji temui semasa Mak Aji dan Madihah berjalan ke rumah ustazahnya di Pasuruan, Surabaya tempoh hari. Jom tengok:

Unik bukan, kelopaknya bergulung ke belakang! Putih bersih warnanya!

Apabila kembali ke rumah pula Mak Aji disambut si putih berseri juga, si bunga raya putih (pun yang tidak kurang cantiknya):


Si putih bersihku.




Biru Itu Menawan

As-salam.

Mak Aji nak tunjuk foto hydrangeas/siti zubaidah lagi, harap jangan muntah ya! (sekeping sahaja pun):

Beberapa hari lepas warnanya lebih kebiruan, hari ini sudah ke arah warna ungu pulak, masya-Allah! 

Begitu indah ciptaan-Mu!!

Tiangku Berbunga

As-salam.

Tiang lampu Pak Aji sudah dipanjat pokok yellow mandevillea dengan jayanya. Agaknya selepas berjaya ini yang ditanyanya pada Mak Aji - so, what next?? Mak Aji pun jawab - enjoy the view from up there, pastu turun ajelah! Sebenarnya Mak Aji suka-suka sahaja mencabar pokok itu untuk memanjat - terbukti berjaya dia menyahut cabaran. Hasilnya tiangku berbunga!
Nampak tidak sulur di atas lampu itu?? 
Ini dia tiang yang berbunga dari jauh.

Baja hitam merah sudah dibubuh pada pangkal pokok, semoga berdaun lebat dan berbunga lebatlah juga tiangku!




Kun Fayakun

As-salam.

Mak Aji pernah menanam sejenis pokok berduri yang Mak Aji agak sedikit eksotik (sebab mahal juga anak pokoknya!) - suka-suka saja melabelkan eksotik ya! Apapun apabila pokoknya yang ditanam di pasu sudah kering kontang dan kelihatan sudah mati, Mak Aji terbalikkan pasunya dan menggunakan pasu itu untuk pokok lain. Pak Aji menegur dan katanya pokok itu belum mati lagi! Mak Aji memang tidak percaya sebab tiada langsung kesan-kesan hidupnya itu! Mak Aji biarkan sahaja tunggulnya yang Mak Aji tidak sengaja patahkan. Beberapa hari lepas Mak Aji cukup takjub apabila kelihatan anak-anak pokok yang tumbuh daripada tunggul tersebut - makan tahun jugalah untuk anak-anak yang agak banyak itu tumbuh! Mengeram/hibernate ke apa pokok ini ya??:

Tunggulnya tinggal separa bulat. Bahagian atasnyanya terpatah.
Yang tumbuh ada empat agaknya.
Ini anak-anak yang bakal tumbuh lagi! Banyak betul anaknya!!

Begitulah kisahnya. Ingatkan Mak Aji perlu beli lainlah kalau mahu bela lagi pokok ini. Rupa-rupanya Allah menghendaki pokok-pokok ini yang jumlahnya lebih banyak tumbuh di laman Mak Aji - alhamdulillah!!





Bunga Periakah Ini?

As-salam.

Pokok peria yang ditanam di polibeg dan diletakkan di bawah pergola sudah mati dek penyakit apa entah. Selepas itu tiadalah Mak Aji menanam peria setakat ini. Tempoh hari Mak Aji perasan di laman belakang ada sejenis pokok yang kelihatan seperti peria sibuk mahu memanjat pokok mangga. Ini pula bunganya yang tidak kurang menawan:

Mak Aji agak ini bunga peria. Ya, kan?!
Rasa-rasa macam ya!

Biarlah dia memanjat pokok mangga itu, bukannya pokok mangga itu kisah sangat, kan! Asal sahaja jangan dilemaskan pokok mangga, sudah! Pandai-pandailah menumpang ya - tahulah resmi menumpang! (jangan lebeh ya!!).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...