About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 5 December 2014

Alhamdulillah Akhirnya Berbunga Juga

As-salam.

Antara pokok yang paling awal di tanam selepas berpindah ke rumah sekarang ialah pokok durian belanda. Arwah ibu Mak Aji memang sukakan buah ini dan itu merupakan salah satu sebabnya yang pokok ini ditanam lebih awal, selain tentunya manfaatnya yang cukup besar dari segi kesihatan. Sekian lama kami menunggu pokoknya berbuah dan akhirnya menghasilkan buah, maka sehari dua lepas alhamdulillah apa yang kami harapkan berhasil juga! 

Walau hanya sekuntum bunganya yang keluar, Mak Aji cukup teruja dengan kemunculannya. Seorang kawan yang sedang menghidap kanser tempoh hari tercari-cari buahnya sekitar KL dan entah berhasil entah tidak pencariannya. Buah ini sekarang memang sukar diperoleh dan dari segi harganya, masya-Allah, cukup mahal!

Mari kita lihat bunga yang begitu 'mahal' harganya ini:

Bunganya nan sekuntum cuma!
Pokoknya yang agak cekeding!

Harapan agar semakin banyak bunga dan buahnya nanti yang akan kami nikmati daripada pokok nan sebatang ini, insya-Allah!!



Ke Mana Saja Kamu??

As-salam.

Pokok Australian gold vine cukup galak berbunga sejak musim hujan ini. Sulur pautnya juga semakin ke mana-mana lagi mencari tempat berpaut. Buaian yang bersebelahan paranya pula yang menjadi mangsa pautan. Kiranya Mak Aji duduk lama di atas buai itu, nescaya mahu dipautnya sekali Mak Aji juga, he he!! Mari kita lihat:

Bunganya yang semakin galak menyeri!
Ke mana saja kamu, ke langit, ke bintang???




Giliran Si Merah

As-salam.

Tempoh hari bunga raya berwarna pic dua tingkat berbunga sulung. Kini giliran yang merah berbatik serta dua tingkat pula mengambil alih tugas menyeri laman. Lihatkan:

Cantik berseri si merahku!

Walau hanya sekuntum bunganya, cukup untuk membuat tukang kebun teruja! Alhamdulillah atas nikmat keindahan ciptaan-Mu! 

Wednesday, 3 December 2014

Bakal Kupetik Epal Sendiri

As-salam.

Semalam Mak Aji menerima kejutan apabila meninjau pokok epal bidara - sudah berbunga pokoknya walau hanya beberapa kuntum - alhamdulillah!! Insya-Allah kalau bunganya menjadi buah dan cukup matangnya, maka Mak Aji akan bakal menuai epal sendiri!!

Cantiknya bunga epalku!!
Bunga epal yang sudah kembang dan bakal kembang.
Ini pokoknya, di pasu cuma!

Mak Aji suka, suka, suka!!!

Catatan: Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh ke sini:

http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/12/khasiat-bidara.html  atau ke sini
http://hush-itsmylife.blogspot.com/2011/11/buah-bidara.html


Cubaan Membikin Pewarna Biru

As-salam.

Kalau kita boleh menghasilkan sirap sendiri, Mak Aji rasa kita sendiri juga boleh menghasilkan pewarna sendiri yang dibikin tanpa memasukkan apa-apa bahan kimia, juga pengawet. Cuma mungkin bikinan sendiri ini perlu disimpan di peti ais agar tidak rosak.

Memandangkan bunga telang perlu dipetik setiap hari, maka 3 hari kutipan bunga telang agak banyak juga. Jadi itulah bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan pewarna ini. 

Mak Aji cuma masukkan bunga telang serta air bertapis ke dalam periuk dan merebusnya sehingga keluar jus biru pekat (dalam bahasa Inggeris proses ini dinamakan steeping), Mak Aji tuang ke dalam bekas. Mak Aji ulang 3 kali sehinggalah kuntum bunga telang menjadi 'putih'! - umpama memerah santan tiga kali sampai habis santannya!

Ini hasilnya - pewarna biru!
Sampai' putih' lebam Mak Aji kerjakan dia, he he!

Pewarna biru ini insya-Allah boleh dimanfaatkan untuk memberi warna kepada nasi kerabu dan juga kek blue velvet!! Sudah lama Mak Aji teringin untuk menghasilkan kek velvet ini tetapi apabila memikirkan pewarnanya yang merah pekat itu, terfikir pula Mak Aji akan blue velvet pula! Pasti cantik, kan! Tunggukannya!



Makaroni Bakar

As-salam.

Tamu yang akan berkunjung petang ini insya-Allah bakal menikmati makaroni bakar yang memanfaatkan hasil tanaman sendiri - cendawan yang ditanam dalam kebinet dapur serta daun kucai! 

Nyamannya makaroni bakarku!
Yang siap terdahulu.
Satu kaserol untuk tamu dan satu lagi untuk kami.
Cendawan mutiara yang segar serta sebahagian lagi yang disimpan kering.
Sebahagian daun kucai yang dimanfaatkan.

Alhamdulillah atas rezeki yang diberi, maka dapatlah dimanfaatkan untuk makan kami juga tetamu nanti,




Light Cheese Cake with Mulberry Compote

As-salam.

Ada rahmat di sebalik asyik tertangguhnya Mak Aji menghasilkan sirap mulberi. Sekitar suku kilogram mulberi di laman disimpan dalam freezer, kononnya untuk dihasilkan sirap. Memandangkan sirap telang masih banyak stoknya, maka mulberi boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain pula.

Sudah agak lama Mak Aji tidak masak kek keju yang biasanya dibuat topping bluberi. Pada kali ini Mak Aji ingin memanfaatkan mulberi dengan menghasilkan mulberry compote yang akan dicurah ke atas kepingan kek keju - bunyinya sahaja pun mampu mengecurkan liur!!

Jom makan!
Light cheese cake with mulberry compote! Siap menunggu tamu yang akan berkunjung petang ini.
Mari kita lihat pembikinannya:


Kek keju siap dibakar secara bain-marie/water bath.
Mulberi dari freezer.
Siap keknya.
Siap compotenya.
Looks yummy!
Apalagi kawan-kawan, jom bikin compote mulberi pula. Compote ini juga boleh dimakan bersama-sama crepe untuk sarapan! Mari kita manfaatkan hasil laman untuk makan kita seharian!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...