About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 24 July 2013

Tanaman untuk Mandian Herba

As-salam.

Menantu Mak Aji sedang berpantang di rumah Mak Aji sekarang dan sejak balik ke rumah dari hospital setiap pagi Mak Aji sediakan air mandian (orang Kelantan sebut air tersat) untuknya. Mak Aji menggunakan apa yang ada di sekitar rumah sahaja. Yang digunakan ialah daun pandan, daun serai wangi, daun lengkuas serta halia (diketuk) dan garam kasar. Mak Aji rebus sehingga menggelegak seketika dan air rebusan ini digunakan sebagai bilasan akhir setelah mandi dengan air biasa. 

Pandan yang sudah 'renggeh', perlu dialih ke tempat lain sebab sudah terlalu 'gelap' di bawah pergola kacang botor.
Stok baru serai wangi sebab yang sedia ada sudah hampir habis dituai.
Pokok lengkuas juga sudah hampir 'renggeh' akibat dituai setiap hari. Agaknya ini minggu terakhir air rebusan disediakan, selebihnya mandi sahajalah dengan air suam dari water heater. Oh ya, kotak sauna belum lagi dipasang untuk menantu Mak Aji bersauna. Sementara ingat, Mak Aji pergi dulu ya!!

Catatan: Herba apa yang anda gunakan untuk direbus sebagai air mandian herba ya?? Sila kongsi!




5 comments:

  1. salam mak aji..saya pernah guna air rebusan sireh untuk sitzh bath..masa tu terkena penyakit bartholin cyst..kalo mak aji nak tau sakit ape, ce try google, nk cite segan..hehehhe
    serai wangi tu dapat benih dari mana? x pernah lagi jumpa kt nursery..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zilazul,

      x biasa pulak nama penyakit tu, nanti ditanya pak cik Google. Serai wangi kat nurseri je kat Sg. Buloh, tempat pak cik Indon yg Mak Aji biasa beli pokok.

      Delete
  2. Salam Mak Aji,

    Akhirnya...ada entri baru!Selamat bersiaran kembali Mak Aji :D
    Rinduuu sangat nak baca celoteh-celoteh Mak Aji.
    Tapi apa-apa pun,pasti mak Aji lagi hepi layan cucu baru kan,hehe :)
    Saya nak cerita pasal air rebusan herba dalam pantang pun,
    masa baby sulung dulu nenek yang sediakan,saya ni tak kenal sangat
    bahan-bahannya.Tapi ada satu tu nenek saya suka guna,kalau tak silap
    dia panggil "serai kayu"?ke apa kayu ye..macam popular digunakan kat
    kelantan sebagai herba.

    Baby kedua...guna uncang herba hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHiFa,

      Alhamdulillah dah agak lega sikit dan kurang sibuk. He he, Mak Aji pun rindu ngan kawan2 blogger yang berkunjung dan sudi meninggalkan komen di sini!! Kami panggil cucu ni bos baru kami sebab bila dia menangis aja semua orang datang! Oh, serai kayu, Mak Aji ada tanam kat rumah ni, setakat ni belumlah guna lagi. Kami orang Kelantan biasa makan pucuknya buat ulam cicah ngan budu, juga sebagai salah satu bahan ulam nasi kerabu, rasanya kelat2. Baru Mak Aji tahu boleh dibuat rebusan juga ya! Yalah sekarang uncang herba yang siap lebih mudah, kan. Mak Aji juga guna herba untuk masukkan ke dalam air periuk sauna. takde uncang pun, main sukat ngan sudu aja. Menantu kata segar rasanya. Sekarang dah mula bersauna utk turunkan berat badan juga.

      Delete
  3. saya minat sagt tumbuhan herba....... thanks share....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...