About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 21 January 2015

Cik Som yang Asal Ada!

As-salam.

Selain di tanah, Mak Aji ada juga menyemai kesum di dalam botol plastik yang pada mulanya agak segan tetapi sekarang agak galak pula dia. Mak Aji letakkan botol plastik itu di permukaan simen di laman belakang. Ekoran pentyusunan semula kedudukan pasu, Mak Aji alihkan pasu kesum ke tempat lain dan setelah dialih, ini yang tinggal di samping tempat asal botol plastik itu:

Sekali pandang, mahu pula cik som ni tumbuh atas simen!
Dua kali pandang, rupa-rupanya ada talian hayat ke pokok induknya!!

Betullah kata orang tua-tua, kalau sudah ditentukan rezeki oleh Allah SWT, ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula cik som di atas simen!




Ceri Surinam Lagikah ini??

As-salam.

Tempoh hari Mak Aji menyemai bberapa biji benih ceri Surinam, namun yang tumbuh benih lain. Setelah agak lama jugalah kemudiannya, tumbuh pula satu anak pokok seperti dalam foto berikut. Mungkinkah ini anak pokok ceri Surinam yang kunanti-nanti??:

Labelnya dah betul tetapi adakah pokok yang tumbuhnya betul???

Anak pokok yang Mak Aji maksudkan ialah pokok di sebelah kiri itu! Kalau ya, alhamdulillah!

Friday, 16 January 2015

Buah Mata Kucing

As-salam.

Pokok mata kucing yang satu-satunya di laman berbuah lagi untuk kali kedua. Kali pertama buahnya gugur ke bumi tanpa dapat dimanfaatkan. Kali kedua ini nampak gayanya akan berhasil, insya-Allah. Lihatkan:

Buahnya bersaiz hujung jari sekarang.
Adalah sekitar 20 niji agaknya!
Semoga buahnya menjadi rezeki kami kali ini, insya-Allah!!



Jatuh Cinta Berkali-kali

As-salam.

Mak Aji masih belum hilang seronok memerhatikan keindahan bunga Siti Zubaidah/hydrangeas. Gugus merah jambu apabila kembang sepenuhnya cukup cantik sekali. Yang berona biru juga cantik walaupun belum kembang sepenuhnya. Apabila diperhatikan lagi, ada beberapa gugus lagi yang bakal kembang lahi - syukur alhamdulillah, cukup melimpah ruah rezeki Mak Aji kali ini, insya-Allah! Bagaikan mendapat hadiah berkali-kali! Sungguh Mak Aji jatuh cinta denganmu Siti Zubaidah! - tersenyum seorang Mak Aji setiap kali melihatmu:




Ini lagi yang bakal kembang.
Ini juga!
Masya-Allah cukup indah ciptaan-Mu, bertuahnya kami kerana berpeluang menikmati keindahannya, lantas mengingati Kebesaran-Mu!!




Yes, I Made It!!

As-salam.

Agak lama juga Mak Aji terpaksa 'mengeram' daripada berblogging. Seminggu di Surabaya dan setelah sehari balik dari sana, kami dikejutkan dengan berita kematian adik ipar sekitar jam 12.00 malam pada hari Jumaat lepas. Setelah selesai tahlil 3 malam, kami kembali ke rumah. Badan Mak Aji kurang sihat dan walaupun rindu untuk menghadap PC, terpaksalah Mak Aji pendamkan sahaja. 

Alhamdulillah pada hari ini badan berasa agak sihat dan sebab itulah keluarnya entri ini!


Ingat lagi akan pokok yellow mandevillea yang Mak Aji ajar memanjat tiang lampu Pak Aji di sini dan juga di sini?? Sebelum ini Mak Aji gelar sahaja pokok ini alamanda kuning walhal nama sebenarnya yellow mandevillea (he he - you learn along the way). Apapun, mari kita lihat kejayaan pokok Mak Aji ini!


Nampak tak sulur yang di puncak tiang itu?? Yes, yes yes! I made it!

Sebenarnya sudah banyak kali sulurnya hampir dengan puncak, namun dek kerana musim hujan yang baru lalu, sulurnya jatuh balik ke bawah. Dengan cucca yang agak panas sehari dua ini, maka bertahanlah dia di puncak itu! 

Selepas sudah sampai ke puncak, nanti turunlah balik ya!!




Friday, 9 January 2015

Bunga-bungaan dari Tretes (Surabaya)

As-salam.

Sambil menyelam Mak Aji biasanya juga minum air! Sambil berziarah anak, sempatlah Mak Aji dan Pak Aji ke beberapa tempat menarik dan di situ Mak Aji mulalah mengambil kesempatan merakamkan foto bunga-bungaan yang menarik perhatian untuk dikongsikan di sini!:

Kebanyakan foto di bawah dirakam di sebuah vila kepunyaan Habib Abu Bakar, di kawasan tanah tinggi Tretes, di kabupaten Pasuruan, sekitar 36km tetapi dek kerana jalan yang agak sesak, maka perjalanan mengambil masa sejam lebih juga. Namun begitu apabila kami sampai ke destinasi, kepenatan berbayar kerana suasananya cukup cantik sekali. Mari Mak Aji kongsikan:











Cukup menarik sekali tumbuhan ini - pertama kali Mak Aji tengok!
Ini dia sekali lagi dari dekat!
Di sini pun ada bayam peraksi - ubat demam Denggi tu! Tentu ada juga nyamuk Aedes di sini ya!




















Kalau ditanya Mak Aji nama bunga juga pokoknya ada sebahagian kecil sahaja yang Mak Aji tahu, selebihnya Allahualam! Apapun mari kita nikmati keindahan ciptaan-Nya ini! Alhamdulillah syukur nikmat!

Bukan sahaja bunga-bungaannya indah belaka, malah tamannya yang cukup luas dan berjaga rapi itu cukup mendamaikan sekali! Untuk menikmati dengan lebih lamjut keindahan vila ini sila ke blog Mak Aji yang satu lagi, seperti di bawah:




Cik Siti yang Cantik

As-salam.

Semasa Mak Aji meninggalkan rumah untuk ke Surabaya pada 1 Januari lalu, Mak Aji terpaksa meninggalkan pokok bunga hydrangeas atau bunga Siti Zubaidah yang sedang separa kembang. Malam tadi Mak Aji sampai kembali ke rumah dan pagi-pagi lagi Mak Aji menjenguk bunganya. Apa yang Mak Aji lihat seumpama hadiah untuk diri ini!:


Subhanallah indah nian Cik Siti Zubaidah ni! (gugus pertama)
Ini segugus lagi yang akan kembang dalam beberapa hari lagi - biru pula warnanya! (gugus kedua)

Berikut kelopak-kelopak bunga yang ditinggalkan tempoh hari:


Ini foto yang diambil pada 1 Januari - (gugus pertama) berwarna merah jambu.
Gugus kedua pada 1 Januari - belum menunjukkan tanda-tanda warna lagi.

Apa yang cukup mengujakan Mak Aji - kali pertama pokok ini berbunga, warnanya kebiruan. Kali ini pokok induk itu mengeluarkan warna merah jambu manakala pokok daripada keratan batangnya pula berbunga kebiruan!! 

Berikut bunga yang pertama kali kembang (daripada pokok induknya) di laman Mak Aji:


Pokok induk yang dahulunya berbunga biru - juga masya-Allah cantik sekali!

Apapun, bunga hydrangeas/bunga 3 bulan/bunga Siti Zubaidah ini tetap menjadi pujaan hati Mak Aji!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...