About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 29 November 2013

Hadiah untuk Tukang Kebun

As-salam.

Kakak sulung Mak Aji, Cik Ning dan keluarga baru kembali dari bercuti ke Jepun. Mereka menyinggah dahulu ke rumah Mak Aji sebelum balik ke Kota Bharu untuk memulangkan baju tebal yang Cik Ning pinjam daripada Mak Aji. Kata Cik Ning mereka tidak membeli-belah sebab duit kita murah berbanding yen. Lagipun mereka akan bercuti ke Vietnam pula pada awal bulan hadapan - di situ nanti barulah boleh membeli-belah, pun sebab banyak pilihan.

Apapun mereka ada membeli ole-ole untuk Mak Aji, khususnya untuk tukang kebun:

Sarung tangan untuk berkebun! Yang pink tu cute, kan!

Seronok tukang kebun mendapat ole-ole seperti ini, selain fridge magnet yang comel juga. Terima kasih Cik Ning! 


Air Lada Ungu

As-salam.

Mak Aji kalau masak mi atau mihun, biasanya Mak Aji sediakan air lada agar mi atau mihun  lebih sedap (kick sikit). Air lada biasanya mengunakan cili api kampung, sedikit gula, garam serta cuka. Oleh kerana cili api kampung tidak banyak maka Mak Aji menggunakan cili ungu sebagai ganti. Maka terhasillah air lada ungu berikut:

Air lada ungu.
Pokok-pokok cili ungu di laman yang galak mengeluarkan cili.

Alhamdulillah percubaan pertama menghasilkan air lada ungu terbukti berjaya - rasanya cukup pedas dan istimewa berbanding cili api kampung biasa. Warnanya juga cantik!


Thursday, 28 November 2013

Too Close for Comfort

As-salam.

Petang semalam ketika Mak Aji keluar dari bilik Madihah yang bersebelahan ruang keluarga selepas menidurkan Aleesya, Mak Aji ternampak seekor anak ular hitam menjalar ke bawah sofa. Mak Aji terus melompat ke atas kerusi di hadapan TV dan menelefon Pak Aji untuk memberitahunya. Dia keluar ke Taman Tun Dr. Ismail dan sementara dia balik disuruhnya Hamzah (yang biasa datang membantu kerja-kerja di laman) untuk memburu ular itu.

Beginilah rupa anak ular senduk itu, hitam pekat!

Sumber foto: tripwow.tripadvisor.com
Hamzah dan isterinya, bersenjatakan dua batang kayu serta lampu suluh menyelongkar semua ruang dan bilik. Setelah dua pusingan dibuat, ular masih tidak ditemui. Mak Aji enggan masuk ke dalam rumah dan tetap duduk di atas buai di porch dengan meriba Aleesya.

Pada pusingan kali ketiga barulah Hamzah keluar dengan seekor anak ular hitam di hujung kayunya. Ular ditemui di sebalik pintu bilik tidur Mak Aji! "Anak ular senduk," katanya! Setelah selesai bangkai ular ditanam Pak Aji baru sampai balik. 

Pak Aji ada berkata bahawa pokok bunga Mak Aji di tepi rumah menjadi laluan masuk ke rumah. Begitu juga dengan pokok kacang botor yang hanya sekaki dua dari tingkap ruang makan di sebelah dapur. Nampak gayanya adalah nanti pokok bunga yang akan terpaksa dipindahkan dan kemungkinan besar pokok kacang botor akan di'bunuh' juga!

Buatlah apa yang patut agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi!! Takut wei!

Pak Aji kata ular menjadikan ini laluannya, sebab merimbun dan sejuk!
Kacang botor pun terlalu dekat dengan rumah! Pun ada longgokan daun kering serta barang-barang lain yang belum dikemas betul-betul. 


Saturday, 23 November 2013

Tanduk Rusa dalam Siput

As-salam.

Antara yang menarik untuk dikongsi lagi ialah foto berikut. Menantu Mak Aji yang menunjukkan kepada Mak Aji dan bertanyakan adakah siput sebenar atau tidak apa yang dilihatnya itu! Perhatikan:

Apabila diperhatikan dari dekat, memang siput sebenar!
Entah siput yang sudah mati ataupun sengaja dibunuh untuk mendapatkan kulit siput ini ya? Wallahualam!

More Succulents

As-salam.

Dalam perjalanan balik dari menghadiri majlis kahwin yang kedua untuk hari ini, Mak Aji menyinggah ke nurseri lagi untuk menambah stok pasu plastik (sebab ringan dan tidaklah terlalu membebankan pinggang ini).

Mak Aji terlebih dahulu mencari Wak untuk mendapatkan lagi pokok roselle tetapi dia tiada stok roselle yang sedikit besar (agar susah mati - sudah dua pokok sebelum ini mati!). Insya-Allah lain kali sahajalah. Sambil memilih pasu serta pelapik pasu, sempat Mak Aji menjenguk beberapa jenis succulents yang pelbagai jenis. Ada yang sebesar dan hampir sama bentuk macam kubis! Cantiklah pulak, cuma lupa pula hendak menjenguk harganya. Kalau yang saiznya besar tentu sahaja harganya besar!! Apapun layan foto berikut:

Semacam kubis, cantik!



Semacam lidah berlapis-lapis!


Besarrr punya!
Menantu dan cucu Mak Aji yang ikut menemankan Mak Aji ke nurseri.

Friday, 22 November 2013

Apa yang Didukung Tu?

As-salam.

Mak Aji pernah membuat entri tentang dukung anak yang banyak khasiatnya DI SINI dan DI SINI

Dua tiga hari lepas Pak Aji minta agar direbus dukung anak untuknya. Jadi Mak Aji mengambil peluang untuk sekali lagi menunjukkan dukung anak secara lebih dekat dan lebih jelas untuk sama-sama kita manfaatkan, insya-Allah!:

Dukung anak yang dicabut dengan akar-akarnya sekali untuk menghasilkan air rebusan.
Nampak tidak anak yang didukung itu? Memang banyak anaknya tu!



Dari Bakul ke Botol

As-salam.

Bawang/daun bawang sudah selamat dipindahkan ke pasu botol kitar semula. Semoga makmur jugalah dia di situ bersama-sama kawan-kawan herba yang lain:

Botol minyak kitar semula - rumah barunya!
Dari kiri, dill, rosemary, thyme,  daun bawang serta kucai.

Tuesday, 19 November 2013

Buah Anggur - Update 3

As-salam.

Sekadar untuk rekod, berikut beberapa foto untuk mengesan perkembangan buah anggur di laman:

Buahnya yang paling besar, sudah sebesar hujung jari kelingking!




Bunga Kemunting

As-salam.

Pada petang ini sambil Pak Aji dan Mak Aji berkebun di hujung laman Mak Aji perasan akan pokok kemunting yang sudah mengeluarkan bunga. Cantik bunganya!:

Sekali pandang macam bunga senduduk pun ada, kan, cuma lagi cantik!
Filamennya pink juga dan panjang-panjang!
Semoga tidak lama lagi akan keluarlah pula buah kemunting yang ditunggu-tunggu, insya-Allah!!




Ini Bunga ke Apa??

As-salam.

Mak Aji suka memerhati pokok ini yang Mak Aji ambil benihnya daripada pak cik Mak Aji beberapa bulan lalu. Cukup subur pokoknya. Mak Aji sukakan warnanya:

Cantik warnanya, kan! Bahagian tengahnya boleh menakung air - jangan risau, setakat ini belum ada jentik-jentik di situ!
Ini pokoknya.
Agak pelik, kan! Adakah boleh dianggap bunga bahagian yang berwarna pink itu atau bunganya yang di bahagian tengahnya sahaja?? Bunga ke daun ya???


Ulat Lagi

As-salam.

Mak Aji terjumpa lagi sejenis lagi ulat bulu yang sedikit mengerikan dan menggelikan. Saksikan:

Kecil sahaja ulat bulu ini tetapi cukup membuat kita geli geleman!


Entah macam mana pula rupa kupu-kupu yang akan muncul daripada ulat bulu ini ya?? Lebih berwarna-warni ulatnya, tentu lebihlah berwarna-warni juga kupu-kupunya ya!? 



Taugeh Menjadi Tetapi ...

As-salam.

Biji kacang hijau sudah beberapa minggu Mak Aji beli untuk projek membikin taugeh sendiri seperti yang dibuat oleh rakan-rakan blogger lain. Mak Aji mengambil jalan mudah dengan menggunakan cerek kecil Pak Aji (yang biasa digunakannya untuk merebus teh bagi membuat teh tarik):

Cerek tempat menghasilkan taugeh.

Mak Aji ambil sekitar dua sudu besar kacang hijau, rendam sebelum masuk tidur malamnya dan usai solat Subuh esok harinya, Mak Aji siram dan toskan serta masukkan ke dalam cerek ini. Selama 3 hari berturut-turut Mak Aji siram kacang hijau ini dengan memasukkan air melalui muncung cerek dan kemudian tuang keluar airnya, sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Ada dua kali insiden menantu Mak Aji terbuka tutup cerek dan Pak Aji sendiri terbuka tutup cerek (Pak Aji mahu merebus air rebusannya). Selain itu cerek bertutup rapat hinggalah hari ketiga.

Setelah tiba hari ketiga, berikut hasilnya:

Sepinggan taugeh tanam sendiri!!
Dari dekat - mengapa banyak sangat akarnya ya???

Alhamdulillah projek taugeh berjaya menghasilkan taugeh yang cukup sedap serta ranggup. Kami makan sebagai ulam yang dicicah budu - memang sedap sekali. Lain kali bolehlah dibuat lagi!!

Cuma satu perkara yang memusykilkan Mak Aji - mengapa ya, akarnya bercabang-cabang, tidak seperti taugeh dibeli yang hanya satu sahaja akarnya?? Bagaimana dengan taugeh rakan-rakan yang tanam sendiri taugeh ini??



Saturday, 16 November 2013

Semoga Makmur di Rumah Baru

As-salam.

Seperti biasa, pokok yang agak-agak sudah besar sangat di dalam pasu terpaksalah dipindahkan ke tanah agar lebih subur. Yang belum berbunga pula agar berbunga. Jangan sebaliknya yang berlaku sudahlah. Berikut antara yang dialihkan ke rumah baru:

Ruang yang lebih besar sudah disediakan, maka belajar-belajarlah berbunga pula ya!
Harap pokok lili ini akan berbunga lagi.
Pokok lili semasa baru dibeli dahulu. Ini rupa bunganya yang agak unik.




Wednesday, 13 November 2013

Tanam Bawang dalam Bakul

As-salam.

Kalau @na tanam bawang/daun bawang dengan cantiknya secara sederet DI SINI, pagi ini Mak Aji perasan Mak Aji 'tertanam' bawang dalam bakul di dapur!:

Elok sahaja tumbuhnya daun bawang dalam bakul!
Mak Aji pun mahu pakai botol bekas minyak masak jugalah untuk menanamnya di tanah pula (tiru @na juga!).

Perihal Ciliku

As-salam.

Mak Aji ada beberapa jenis cili yang ditanam di laman. Ada cili api kampung yang pedas menyengat - biasa dibubuh dalam budu. Selain itu, ada cili ungu dan cili kuning hijau yang kurang pedas - alternatif jika malas mahu pergi jauh-jauh untuk petik cili api kampung. Cili kapsikum belum disemai-semai setakat ini. Nampak gaya itu perlu dikerjakan pula. Juga teringin untuk mencuba cili besar sebab belum pernah cuba lagi. 



Cili ungu yang besar punya!
Cili kuning hijau - pun kurang pedas.
Kalau tidak silap ini cili api panjang kuning (putih).
Ini cili api kampung (back-up plan - takut keputusan cili api, he he!) 


Buah Anggur - Update 2

As-salam.

Atas permintaan kawan blogger dan keinginan Mak Aji juga untuk berkongsi keseronokan pokok anggur yang berbuah, maka ini update kedua buah anggur!:




Pada awalnya ada sekitar sepuluh tangkai yang berbunga, akhirnya sehingga sekarang cuma sekitar lima tangkai sahaja yang berjaya menghasilkan buah. Setakat itu sahaja rezeki kali ini. Harapan agar kesemua lima tangkai akan matang dengan jayanya, insya-Allah!!



Tamu Pagi

As-salam.

Pagi ini Mak Aji dikunjungi tamu lagi di laman - mereka siap bercanda lagi di pagi-pagi hari!

Bercanda di dahan betik!

Masya-Allah indah ciptaan-Mu - juga di daun betik!

Tuesday, 12 November 2013

Pokok Tumbuh Dari Batu!

As-salam.

Mak Aji terjumpa (di nurseri juga) sejenis pokok yang sering dibonsaikan, yang tumbuh dari batu!! Lihatkan:

Kalau tidak silap harganya RM30 sepokok sekali dengan piring pelapiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...